Surah 15: Al-Hijr.
Lembah . 1 - 99

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

 

1.A . L . R.* (Alif. Lam. Raa - Huruf huruf) ini adalah bukti bukti bagi kitab ini; Quran yang nyata.

2.Tentu sekali, orang orang yang ingkar itu akan berkeinginan yang mereka adalah orang orang

yang menyerahkan diri.

3.Biarkanlah mereka makan, bersuka ria dan tetap dikhayalkan dengan angan angan; mereka

akan ketahui.

4.Kami tidak pernah menghapuskan sebarang komuniti, melainkan mengikuti suatu ketetapan, 

pada masa yang telah ditetapkan.

5.Masa penamat bagi tiap tiap komuniti tidak akan dapat dimajukan, dan tidak juga dilambatkan.

6.Mereka berkata, "Wahai engkau yang menerima peringatan ini, kau ini gila.

7."Kenapa tidak kau membawa turun para malaikat, kalau sekiranya kau itu yang benar?"

8.Kami tidak akan menurunkan para malaikat melainkan untuk tugas tugas yang tertentu. Jika tidak,
tentu tidak ada sesiapapun yang akan dapat penangguhan.

Rasul Allah Yang Di-Janjikan.*

9.Tentu sekali, kami telah menurunkan sesuatu peringatan, dan, tentu sekali kami akan

memeliharanya.*

10.Kami telah hantarkan (para rasul) sebelum engkau kepada komuniti komuniti yang dahulu.

11.Setiap kali rasul datang kepada mereka, mereka mencemuh.

12.Lantas kami menguasai minda minda orang orang yang bersalah.

13.Akibatnya, mereka tidak akan mempercayai dia. Ini telah menjadi sebuah sistem sejak

generasi generasi dahulu lagi.

_______________________________________________________________________________

*15:1 & *15:9 Pemeliharaan yang tepat dari Allah bagi Quran telah dibuktikan oleh kod Quran
matematika (App. 1). Rasul Allah yang dijanjikan telah ditakdirkan untuk menyatakan mukjizat
yang besar ini.  Perkataan " Dhikr" menandakan kod Quran didalam beberapa ayat ayat
(15:6, 21:2, 26:5, 38:8, 74:31). Nilai bagi "Rashad Khalifa" (1230) +15+9=1254, 19x66.

_______________________________________________________________________________

14.Walaupun kami membukakan untuk mereka sebuah pintu naik kelangit, dimana mereka akan

dapat memanjat;

15.mereka akan berkata, "Mata mata kami telah diperdayakan. Kami telah disihir."

16.Kami tempatkan bimasakti dilangit, dan perhiasan bagi orang orang yang dapat memandang.

17.Dan kami menjaganya dari setiap syaitan yang disingkirkan.

18.Jika ada diantara mereka cuba mencuri curi masuk untuk mendengar, ada pelancar

yang amat hebat akan mengejarnya keluar.

19.Bagi bumi pula, kami membinanya, dan letakkan penstabil penstabil (gunung gunung), dan

kami tumbuhkan diatasnya keseimbangan yang sempurna bagi segala galanya.

20.kami jadikan kebiasaan untuk kamu,* dan untuk makhluk makhluk yang kamu tidak perlu

mengadakan untuknya.

21.Tidak ada suatu apapun yang tidak kami kuasainya dengan jumlah yang tidak terbatas.

Tetapi kami yang menurunkannya dengan ukuran yang cukup.

22.Dan kami hantarkan angin angin sebagai pendebunga pendebunga, dan yang menyebabkan air

turun dari langit untuk minuman kamu. Jika tidak kamu tidak akan dapat mengekalkan

keenakkannya.

23.Sesungguhnya kamilah yang berkuasa tentang kehidupan dan kematian, dan kamilah

pewaris pewaris yang terakhir.

24.Dan kami tahu dengan sepenuhnya sesiapa diantara kamu yang maju kehadapan, dan kami juga

tahu dengan sepenuhnya orang orang yang membelakangkan.

25.Tuhan kamu tentu sekali akan mengumpulkan mereka. Sesungguhnya, Dialah yang Maha

Bijaksana lagi Maha Mengetahui.

Bangsa Manusia.

26.Kami ciptakan manusia itu dari lumpur yang berzaman, seperti  siperepes yang membentukkan

tanah liat.

27.Bagi jin jin, kami ciptakan mereka, sebelum itu, dari api yang bernyala.

28.Tuhan kamu berkata kepada para malaikat, "Aku sedang mencipta seorang manusia dari lumpur
yang berzaman, seperti perepes yang membentukkan tanah liat.

29."Setelah Aku sempurnakan dia, dan meniup kedalamnya dari rohku, kamu mestilah sujud

kepadanya."

30.Para malaikat pun sujud; kesemuanya mereka.

31.melainkan Iblis (Syaitan). Dia enggan bersama dengan orang orang yang bersujud.

32.Dia berkata, "Wahai Iblis (Syaitan), kenapa tidak kamu bersama sama dengan orang orang

yang sujud?"

33.Dia berkata, "Aku tidak boleh sujud kepada seorang manusia, yang mana Engkau menciptanya

daripada lumpur yang berzaman, seperti perepes yang membentukkan tanah liat."

34.Dia berkata, "Dari itu, kau mesti keluar; kau telah terusir.

35."Kau telah dikenakan kutukkan dariKu sampai keHari Pengadilan."

36.Dia berkata, "Tuhanku, berilah aku penangguhan sampai kehari yang mereka akan

dibangkitkan."

37.Dia berkata, "Engkau diberikan penangguhan.

38."Sampai kepada hari dan masa yang ditetapkan."

39.Dia berkata, "Tuhanku, sekiranya adalah kehendakMu yang aku ini telah sesat, tentu sekali

aku akan menggoda mereka yang dibumi; aku akan menyesatkan kesemuanya sekali.

_______________________________________________________________________________

*15:20 Apabila kami menghantarkan astronaut astronaut diangkasa lepas, kami mengadakan untuk
mereka makanan makanan dengan pengukuran yang amat tepat sekali, air, dan oxigen. Allah menciptakan
kapal angkasa lepas iaitu Bumi dengan bilion astronaut astronaut yang bekerja dan membiakkan; Dia
memberikan mereka semuanya sistem untuk menyokong diri diri sendiri yang menghasilkan

oxigen, air bersih, dan bermacam macam anika makanan dan minuman yang enak enak.

_______________________________________________________________________________

40."Melainkan orang orang yang diantara penyembah penyembahMu yang mengabdikan sepenuh

penuh pengabdian kepadaMu sahaja."

41.Dia berkata, "Inilah perundangan yang tidak dapat dicabul.

42."Kau tidak ada kuasa keatas hamba hambaKu. Engkau hanya mempunyai kuasa keatas

orang orang yang sesat yang mengikutimu.

43."Dan Neraka menunggu mereka semua.

44."Ianya mempunyai tujuh pintu pagar. Tiap tiap satu pintu akan mendapat bahagian yang

tertentu dan mereka."

45.Bagi orang orang yang salih, mereka akan menikmati taman taman dan mata air mata air.

46.Memasuki didalamnya, dengan aman dan terjamin selamat.

47.Kami hilangkan semua rasa cemburu dihati hati mereka. Sebagai sebuah keluarga, mereka

duduk bersebelahan diatas perabot perabot dan aksesori.

48.Mereka tidak akan merasa kepenatan didalamnya; dan mereka tidak akan diusir dari situ.

49.Beritahulah kepada hamba hambaKu bahawasanya Akulah yang Maha Pengampun lagi

Maha Penyayang.

50.Dan bahawasanya hukumanKu itu adalah hukuman yang amat menyakitkan.

Para Malaikat Melawat Ibrahim.

51.Beritahukan mereka berkenaan tamu tamu Ibrahim.

52.Apabila mereka masuk dikawasannya, mereka berkata, "Sejahtera." Dia menjawab, "Kami

bimbang tentang kamu."

53.Mereka berkata, "Janganlah bimbang. Kami ada berita berita baik untukmu: anak yang

berilmu pengetahuan."

54.Dia berkata, "Mana mungkin kamu dapat memberikan aku berita berita baik yang sedemikian,

sedangkan aku sudah terlalu tua? Masihkah kamu hendak memberiku berita berita baik ini?

55.Mereka berkata, "Berita berita baik kami sampaikan kepadamu itu adalah benar; janganlah

berputus asa."

56.Dia berkata, "Tidak ada sesiapa yang berputus asa dari rahmat Tuhannya, melainkan orang

orang yang sesat."

57.Dia berkata, "Apakah misi kamu, wahai para rasul?"

58.Mereka berkata, "Kami sedang diutus kepada orang orang yang bersalah.

59."Bagi keluarga Lut, kami akan selamatkan mereka semua.

60."Tetapi tidaklah isterinya; dia telah ditakdirkan untuk bersama sama dengan orang orang yang

telah dimusnahkan."

Lut.

61.Para rasul pun pergi kebandar Lut.

62.Dia berkata, "Kamu adalah orang orang yang tidak dikenali."

63.Mereka berkata, "Kami membawa kepada kau apa yang telah diragukan oleh mereka.

64."Kami membawa kebenaran kepadamu; kamilah orang orang yang benar.

65."Engkau mesti membawa keluargamu diwaktu malam. Ikuti mereka dari belakang, dan

pastikan yang tidak ada seorangpun diantara kamu yang menoleh kebelakang. Jalan terus

sebagaimana yang telah diperintahkan."

66.Kami sampaikan kepadanya perintah ini: orang orang itu akan dihapuskan diwaktu pagi.

67.Orang orang dari bandar itu datang dengan riangnya.

68.Dia berkata, "Mereka ini adalah tetamuku; janganlah memalukanku.

69."Takutilah Allah, dan janganlah mengaibkanku."

70.Mereka berkata, "Bukankah kami melarang kau dari berhubungan dengan sesiapapun?"

71.Dia berkata, ""Inilah anak anak perempuanku, jika kamu sangat memerlukan."

72.Tetapi, tidak mereka itu telah dibutakan oleh nafsu berahi mereka.

73.Akibatnya, bencana menimpa mereka dipagi hari.

74.Kami terbalikkannya dari atas kebawah dan menghujani mereka itu dengan batu batu yang memusnahkan.

75.Ini adalah sebuah pengajaran bagi orang orang yang mempunyai ilmu pengetahuan.

76.Ini akan sentiasa menjadi sistem.

77.Ini adalah tanda bagi orang orang yang percaya.

78.Penduduk penduduk didalam hutan (Midyan) juga melampaui batas.

79.Akibatnya, kami menuntut balasan dari mereka, dan kedua dua komuniti itu didokumentarkan

dengan sepenuhnya.

80.Penduduk penduduk Al-Hijr mengingkarkan para rasul.

81.Kami berikan mereka revelasi revelasi kami, tetapi mereka tidak mempedulikannya.

82.Kebiasaan mereka untuk mengukir rumah rumah yang selamat didalam gunung gunung.

83.Bencana mengenai mereka diwaktu pagi.

84.Apa yang mereka kumpulkan tidak dapat menolong mereka.

Masa Akhir Dunia Didedahkan.*

85.Kami tidak jadikan sekelian cekrawala dan bumi, dan segala yang diantara keduanya,

melainkan dengan tujuan yang tertentu. Hari akhirnya dunia akan tiba, maka ikutilah dengan

mengambil peringatan dan janganlah lalai.

86.Sesungguhnya Tuhan kamu itu Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui.

87.Kami telah berikan kepada kau tujuh pasang, dan Quran yang agung.

88.Janganlah merasa cemburu dengan apa yang kami kurniakan kepada (para rasul) yang lainnya,

dan janganlah bersedih (dengan orang orang yang ingkar), dan rendahkan dirimu kepada orang

orang yang percaya.

89.Dan umumkan: Aku adalah pemberi amaran yang nyata."

90.Kami akan membuat perhitungan dengan orang orang yang berpecah belah.

91.Mereka  menerima Quran hanya sebahagian saja.

92.Demi Tuhan engkau, kami akan menyoal mereka semua,

93.Berkenaan kesemuanya yang telah mereka perlakukan

94.Dari itu, jalankan perintah perintah yang diberikan kepada kamu, dan jangan pedulikan orang

orang menyekutukan (Allah).

95.Kami akan menyelamatkan kau dari orang orang yang mengejek ejek,

96.yang mengada adakan tuhan lain disamping Allah. Tentu sekali mereka akan ketahui.

97.Kami tentu tahu sepenuhnya yang engkau merasa sakit hati dengan perkataan perkataan

mereka.

98.Kamu mesti menyanyikan dengan memuji muji Tuhan kamu dan bersama samalah dengan orang
orang yang sujud.

99.Dan sembahlah Tuhan kamu sehingga kamu dapat mencapai kepastian.*

_______________________________________________________________________________

*15:85-88 Satu dari tugas Rasul Allah yang dijanjikan adalah untuk menyampaikan petanda didalam
Quran berkenaan akhirnya dunia pada AD 2280 (20:15, 72:27 & Appendik 25).

*15:99 Mempraktikkan penyembahan kita kepada Allah akan mendapatkan kepastian tentang iman kita

Appendik 15).


homeBack Home


 

info@submission.org

SUBMISSION.ORG

 

 


 

Copyright © 1997-2003 Submission.org