Surah 14: Ibrahim..
1 - 52

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

1.            A . L . R .* (Alif. Lam. Raa) Sebuah kitab yang kami telah terangkan kepadamu, untuk

mengeluarkan manusia dari kegelapan menuju kepada cahaya - dengan mengikuti kehendak

dari Tuhan mereka - dijalan yang Maha Berkuasa lagi Maha Terpuji.

2.            (Kejalan) Allah; yang Maha Esa yang mempunyai segala galanya disekelian cekrawala dan

dikeseluruhan bumi. Malang sungguh bagi orang orang yang ingkar; mereka telah

ditimpa dengan hukuman yang amat dahsyat.

Apakah Keutamaan Kamu?

3.            Merekalah yang memberi keutamaan kepada kehidupan ini daripada Akhirat, menentang

dari jalan Allah, dan mencari cari untuk membengkokkannya; mereka telah tersesat jauh.

Bahasa Rasul.

4.            Kami tidak akan menghantarkan rasul (untuk mengajar) melainkan dengan bahasa orang

orangnya, supaya dapat diterangkan apa apa saja kepada mereka. Maka Allah sahajalah

yang menyesatkan sesiapa jua dengan kehendakNya, dan membimbing sesiapa saja yang

dikehendakiNya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana.

Musa.

5.            Lantas, kami menghantar Musa dengan mukjizat mukjizat dengan mengatakan, "Bawalah

kaummu keluar dari kegelapan kepada cahaya, dan ingatkan mereka pada hari hari tentang

Allah." Ini adalah pengajaran pengajaran bagi setiap orang orang yang sabar, dan orang orang

yang bersyukur.

_______________________________________________________________________________

*14:1 Huruf huruf permulaan ini telah terkawal rahsianya dengan izin Allah sehingga Quran kod

matematika telah dikenalkan pada 1974 A. D. Lihat Appendik 1 untuk makna bagi huruf huruf

permulaan ini.

_______________________________________________________________________________

Mustahaknya Menjadi Orang Orang

Yang Tahu Bersyukur.

6.            Ingatlah diwaktu Musa mengatakan kepada kaumnya, "Ingatlah rahmat rahmat Allah terhadap

kamu. Dia selamatkan kamu dari orang orang Fir'aun yang mengenakan penyiksaan yang

dahsyat keatas kamu, membunuh anak anak lelaki dan membiarkan anak anak perempuan

kamu. Itu adalah ujian yang tepat dari Tuhan kamu."

Bersyukur Dan Tidak Bersyukur.

7.            Tuhan kamu telah mendekrikan: "Lebih banyak kamu berterima kasih kepadaKu, lebih lagi

banyaknya akan Aku berikan kepada kamu." Tetapi jika kamu tidak bersyukur, maka

hukumanKu amatlah dahsyat.

8.            Musa berkata, "Jika kamu ingkar bersama sama dengan seluruh manusia dibumi ini,

ketahuilah yang Allah tidak memerlukan, Maha Terpuji."

Egoistik Menunjukkan Keingkaran:

Sifat Sifat Manusia.

9.            Tidakkah kamu terdengar kesah orang orang yang sebelum kamu - kaum Nuh, Ad,

Thamud dan lainnya yang datang selepas mereka dan hanya Allah sahaja yang

mengetahuinya?  Para rasul datang kepada mereka dengan bukti bukti yang terang, tetapi

mereka melayan mereka itu dengan kebencian dan berkata, "Kami mengingkari apa yang

telah kamu sampaikan dan kami merasa curiga dengan mesej kamu; penuh keraguan."

Mengikuti Ibu Bapa Ibu Bapa Kami

Dengan Membuta Tuli:

Tragedi Manusia Yang Amat Besar.

10.            Para rasul mereka berkata, "Adakah kamu mempunyai keraguan terhadap Allah;

yang meinisiasikan sekelian cekrawala dan bumi? Dia mengundang kamu hanya untuk

mengampunkan dosa dosa kamu, dan memberi kamu peluang sekali lagi untuk menebus

diri diri kamu." Mereka berkata, "Kamu tidak lebih hanyalah manusia manusia seperti

kami, yang ingin menukarkan kami dari apa yang ibu bapa ibu bapa kami biasa menyembah

dengannya. Tunjukkanlah kepada kami autaritif yang nyata. "

11.          Para rasul mereka berkata kepada mereka, "Kami tidak lebih hanyalah manusia manusia

seperti kamu, tetapi Allah merahmati sesesiapa saja yang Dia pilih diantara hamba hambaNya.

Kami tidak mungkin dapat menunjukkan kamu sebarang autaritif, melainkan dengan keizinan

dari Allah. Kepada Allah sahajalah orang orang percaya mesti meletakkan kepercayaan mereka.

12.          "Kenapa kita mesti tidak percaya kepada Allah, apabila dia telah membimbing kami dalam

menjalani perjalanan kami? Kami akan sentiasa bersabar dan tabah hati mengahadapi

penyiksaan dari kamu. Kepada Allah sahajalah semua orang orang yang percaya meletakkan

kepercayaannya."

13.          Orang orang yang ingkar berkata kepada para rasul mereka, "Kami akan keluarkan kamu dari

negeri kami, melainkan jika kamu berbalik keagama kami." Tuhan mereka meinsipirasikan

kepada mereka: "Pasti sekali akan kami hapuskan orang orang yang melampaui batas itu.

14.          "Dan kami akan membenarkan kamu tinggal dinegeri mereka selepas mereka. Ini adalah

(anugerah) bagi orang orang yang memuliakan keagunganKu, dan memuliakan perjanjianKu."

15.          Mereka meisukan cabaran, akhibatnya setiap penzalim yang degil berakhir dengan

kemusnahan.

16.          Menunggunya ialah Neraka, didalamnya dia akan meminum air yang busuk.

 

17.          Dia akan menelannya kedalam walaupun dia tidak dapat menahannya, sementara ajal

mendatanginya disetiap arahan, tetapi dia tidak akan mati. Menunggunya ialah hukuman

yang dahsyat.*

_______________________________________________________________________________

*14:17 Apabila kita menentang Allah, dan setuju dengan syaitan semasa persengketaan besar

(38:69), para malaikat mencadangkan supaya kita dicampakkan keNeraka (Appendik 7). Tetapi

yang Maha Penyayang telah memberikan kita kesempatan sekali lagi untuk menebus dosa dosa kita.

Dia menyatakan kepada para malaikat, "Aku tahu apa yang tidak kamu ketahui" (2:30. Allah tahu
banyak manusia mungkin akan menentang kerana mereka tidak mempunyai idea betapa buruknya
Neraka. Gambaran yang menggerunkan bagi Neraka didalam 14:17 dan dalam 22:19-22, menafikan

tentangan yang sedemikian. Sekarang ini kita telah mendapat idea yang lengkap betapa dahsyatnya

Neraka.

_______________________________________________________________________________

18.           Alegori bagi orang orang yang ingkarkan Tuhan mereka: pekerjaan pekerjaan mereka

diumpamakan sebagai abu didalam angin kencang beserta dengan ribut taufan . Mereka tidak

mendapat apa pun dari apa yang mereka kerjakan; itulah kesesatan yang paling jauh.

Menyembah Hanya kepada

Yang Berkuasa.

19.          Tidakkah kamu sedar yang Allah telah menciptakan sekelian cekrawala dan bumi untuk

tujuan yang tertentu? Jika Dia kehendaki, Dia boleh menyingkirkan kamu, dan menggantikan

dengan ciptaan yang baru ditempat kamu.

20.         Ini tidaklah sangat susah bagi Allah.

Di-Hari kebangkitan.

21.          Apabila mereka berdiri dihadapan Allah,* pengikut pengikut akan berkata kepada ketua

ketua, "Kami pernah mengikuti kamu. Bolehkah kamu gantikan kami seketika dari hukuman

Allah?" Mereka akan berkata, "Seandainya Allah membimbing kami, kami tentu sekali

membimbing kamu. Sekarang telah terlambat, sama ada kami bersedih ataupun bersabar,

tidak ada jalan keluar untuk kami."

Syaitan Menafikan Pengikut Pengikutnya.

22.          Dan syaitan akan berkata, setelah pengadilan telah diisukan, "Allah telah menjanjikan

kamu dengan perjanjian yang benar, dan aku berjanji kepada kamu, tetapi aku memungkiri

janjiku. Aku tidak ada kuasa diatas kamu; aku hanya mengundang kamu, dan kamu menerima

perundanganku. Dari itu, jangan menyalahkanku, dan salahkanlah diri diri kamu sendiri.

Pengaduanku tidak dapat menolong kamu, tidak juga pengaduan kamu dapat menolongku.

Aku tidak akan percaya dengan pemujaan kamu terhadapku. Orang orang yang melampaui

batas itu akan menerima hukuman yang amat menyakitkan." 

23.          Bagi sesiapa yang percaya dan menjalani kehidupan yang benar, mereka akan dimasukkan

kedalam taman taman dengan air sungai sungai yang mengalir. Mereka tinggal berkekalan

didalamnya untuk selama lamanya, dengan keizinan dari Tuhan mereka. Tegur sapa mereka

ialah "Sejahtera."

Kebenaran Dengan Kepalsuan.

24.          Tidakkah kamu lihat yang Allah telah memberikan contoh bagi perkataan yang baik itu

diumpamakan pokok yang baik dimana akarnya melekat dengan teguh, dan dahan dahannya

menjulang kelangit?

25.          Ia mengeluarkan buah buahan setiap musim, yang direka oleh Tuhannya. Lantas Allah

memberikan contoh untuk manusia supaya mereka dapat merenungkan.

26.          Dan contoh bagi perkataan yang tidak baik itu adalah pokok yang tidak baik ditetak didataran

tanah; ianya tidak ada akar untuk menjadikannya berdiri.

27.          Allah menguatkan orang orang yang percaya dengan perkatan yang telah terbukti, dikehidupan

ini dan diAkhirat. Dan Allah menyesatkan orang orang yang melampaui batas. Semuanya itu

adalah mengikuti kehendak dari Allah.

Mereka Mengeluarkan

Keluarga Mereka

Dari Pelindungan Allah.

28.          Sudahkah kamu perhatikan orang orang yang respons kepada rahmat Allah dengan keingkaran,

Lantas membawa malapetaka kepada keluarga mereka sendiri?

29.          Destini mereka adalah Neraka, disana mereka akan dibakar; betapa dahsyat sekali

kesudahannya! 

Penyekutuan:

Ibu Sekelian Kejahatan.

30.          Mengada adakan penentang penentang yang ditarafkan dengan Allah dan melencongkan

lainnya dari jalanNya. Katakanlah, "bersuka rialah untuk sementara waktu;destini terakhir

kamu adalah Neraka."

Perintah Perintah Yang Penting.

31.          Galakkan hamba hambaKu yang percaya supaya Mengerjakan Sembahyang (Salat), dan

memberi (derma) dari rezeki rezeki yang kami berikan kepada mereka, sama ada dirahsiakan

ataupun di umumkan, sebelum harinya tiba dimana tidak ada jual beli, dan tidak juga nepotisme

(berat kepada keluarga).

_______________________________________________________________________________

*14:24 Kerap sekali, Quran bercakap tentang Akhirat dengan menggunakan kala lampau. Ini

adalah kerana keadaan masa depan telah disaksikan oleh Allah, dan tentu sekali akan berlaku.

_______________________________________________________________________________

32.          Allah Sahajalah yang menciptakan sekelian cekrawala dan bumi, dan Dialah yang menurunkan

air dari langit dengan mengeluarkan berbagai bagai buah buahan untuk makanan kamu.

Dia telah komitkan kapal kapal untuk berkhidmat kepada kamu dilautan dengan mengikuti

perintahanNya. Dia juga komitkan sungai sungai untuk berkhidmat kepada kamu.

33.          Dia telah komitkan matahari dan bulan untuk berkhidmat kepada kamu, dengan berterusan.

Dia juga komitkan malam dan siang hari supaya menjalankan tugasnya untuk kamu.

34.          Dan Dia memberikan berbagai bagai barangan yang kamu memohonkan kepadaNya.

Jika kamu mengira rahmat rahmat Allah, kamu tidak akan dapat merangkumi kesemuanya.

Sesungguhnya, manusia itu amat sangat melampaui batas dan tidak tahu bersyukur.

Ibrahim.

35.          Ingatlah semasa Ibrahim berkata, "Tuhanku jadikanlah tempat ini aman sentosa, dan lindungilah

aku dan anak anakku dari menyembah pujaan pujaan.

36.          "Tuhanku, mereka telah mengelirukan terlalu banyak manusia. Bagi sesiapa yang mengikutiku,

mereka itu dipihakku. Bagi sesiapa yang mengingkariku, sesungguhnya Engkaulah Maha

Pengampun lagi Maha Penyayang. 

37.          "Tuhan kami, aku telah tempatkan sebahagian dari keluargaku dilembah yang tidak berpokok,

ini dekat dengan Rumah SuciMu. Tuhan kami mereka mestilah Mengerjakan Sembahyang

(Salat), supaya berpusu pusu manusia datang tertumpu keatas mereka, dan adakanlah untuk

mereka berbagai bagai rupa buah buahan, supaya mereka dapat mensyukurinya.

38.           "Tuhan kami, Engkau tahu apa saja yang kami sembunyikan dan apa saja yang kami nyatakan

-tidak ada suatu apapun dapat disembunyikan daripada Allah sama ada dibumi dan tidak juga

disekelian cekrawala.

39.          "Segala kepujian bagi Allah kerana telah mengurniakanku walaupun umurku telah tua, Ismail

dan Ishak. Sesungguhnya Tuhanku sajalah yang mengabulkan segala doa'

Mengerjakan Sembahyang (Salat):

Anugerah Dari Allah.

40.          "Tuhanku, jadikanlah aku orang yang konsisten dalam Mengerjakan Sembahyang (Salat),

dan juga anak anakku. Tuhan kami, kabulkanlah doa' doa'ku.

41.          "Tuhanku, ampunilah daku dan ibu bapa ibu bapaku dan orang orang yang percaya, dihari

yang mana perkiraan mengambil tempatnya."

42.          Jangan sekali difikirkan yang Allah tidak sedar apa apa yang dilakukan oleh orang orang yang

melampaui batas itu. Dia hanya membiarkan mereka sampai pada harinya dimana mata mata

akan terbeliak merenung dengan kegerunan.

43.          Bila saja mereka terburu buru (keluar dari kubur), muka muka mereka akan melihat keatas,

mata mata mereka tidak akan berkelipan, dan fikiran mereka menjadi ngeri.

Allah Turunkan Perintah Perintah

Melalui Para RasulNya.

44.          Kamu mestilah berikan amaran kepada manusia dihari apabila hukuman datang kepada

mereka. Orang orang yang melampaui batas itu akan berkata, "Tuhan kami berikanlah

kepada kami peluang sekali lagi. Kami akan respons panggilanMu dan mengikuti para rasul.

"Tidakkah kamu bersumpah dimasa dahulu yang kamu akan berkekalan untuk selama lamanya?

45.          Kamu tinggal dirumah rumah orang orang yang sebelum kamu, yang telah menzalimi roh roh

mereka, dan kamu telah melihat dengan terangnya apa yang telah kami lakukan kepada mereka.

Kami telah berikan banyak contoh tauladan untuk kamu.

46.          Mereka merancang dengan perancangan perancangan mereka, dan Allah amat menyedari akan

perancangan perancangan mereka. Sesungguhnya, perancangan perancangan mereka itu cukup

untuk meluputkan gunung gunung.

Para Rasul Allah Di-Jamin Kejayaan.

47.          Jangan difikirkan yang Allah akan memungkir janjiNya terhadap para rasulNya. Sesungguhnya,

Allah Maha Berkuasa lagi Maha Pembela.

Cekrawala Baru Dan Bumi Baru.*

48.          Harinya akan tiba apabila bumi ini akan digantikan dengan bumi yang baru, dan begitu juga

dengan sekelian cekrawala, dan kesemuanya manusia akan menghadap Allah, yang

Maha Esa lagi Maha Agung.

49.          Dan kamu akan lihat orang orang yang bersalah itu akan dibelenggu dengan rantai.

50.          Pakaian pakaian mereka akan diperbuat daripada tar, dan api akan membakar muka muka

mereka.

51.          Kerana Allah akan membayar setiap satu roh dengan apa saja yang telah dilakukan;

sesungguhnya Allah adalah Penghitung yang Maha Cekap.

52.          Ini adalah perisytiharan bagi manusia, untuk diberikan amaran dengannya, dan untuk 

memberitahukan yang hanyalah Dia tuhan yang satu, bagi orang orang yang mempunyai

kecerdasan supaya dapat merenungkannya.

_______________________________________________________________________________

*14:48 Ramalan ini juga akan didapati didalam Old Testament (Isaiah 64:17 & 66:22) dan New

Testament: "Apa yang kami tunggukan adalah cekrawala baru dan bumi baru dimana, mengikut

perjanjiannya, keadilan Allah menghendaki situasi yang demikian." (2 Peter 3:13).


homeBack Home


 

info@submission.org

SUBMISSION.ORG

 

 


 

Copyright © 1997-2003 Submission.org