Surah 13: Al- Ra'ad
Guruh.1 - 43.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

1. A . L . M . R.* (Alif. Lam. Mim. Raa - Huruf huruf ) ini adalah bukti bukti bagi kitab ini. Apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu adalah benar, tetapi kebanyakan dari manusia itu tidak mahu percaya.

2. Allah sahajalah yang membangunkan sekelian cekrawala dengan tidak bertiang seperti mana yang kamu lihat, dan memegang semua kekuasaan. Dia komitkan matahari dan bulan, masing masing bergerak (dalam pergerakkannya) pada masa yang telah ditetapkan. Dia yang berkuasa diatas segala galanya, dan menerangkan semua revelasi revelasi, supaya kamu boleh mendapatkan kepastian berkenaan pertemuan dengan Tuhan kamu.


*13:1 Permulaan huruf huruf ini mengandungi komposisi yang terutama bagi Quran yang membuktikan pengarangnyaadalah dari yang Mah Suci, mukjizat kod matematika. Lihat Appendik 1.


3. Dia Sahajalah yang membina bumi dan meletakkan diatasnya gunung gunung dan sungai sungai. dengan bermacam macam jenis buah buahan, Dia menjadikan mereka berpasangan - jantan dan betina. Malam mengambil alih siang hari. Ini adalah bukti bukti yang kuat bagi orang orang yang boleh berfikir.

4. Dibumi, ada bidang bidang tanah yang bersebelahan yang mengeluarkan kebun kebun anggur, tanam tanaman, pokok pokok palma- tumbuh tumbuhan yang berkayu dan tidak berkayu. Walaupun mereka mendapat pengaliran air yang sama, kami melebihi setengah dari mereka dengan yang lainnya untuk makanan. Ini adalah bukti bukti yang kuat bagi orang orang yang faham.

Mempercayai Akhirat
Perlu Untuk Keselamatan.

5. Jika kamu dapat fikirkan, keajaiban yang sebenar didalam perkataan mereka: "Setelah kami menjadi debu, dapatkah kami diciptakan semula ?" Inilah orangnya yang mengingkarkan Tuhan mereka. Orang inilah yang akan dipasangkan belenggu dikeliling leher leher mereka. Merekalah orang orangnya yang dihumbankan keNeraka, dimana mereka akan tinggal kekal untuk selama lamanya.

6. Mereka mencabar supaya kamu membawa malapetaka untuk mereka, daripada melakukan amalan yang benar! Contoh contoh yang cukup telah diaturkan untuk mereka dimasa yang lalu. Sesungguhnya, Tuhan kamu itu penuh dengan pengampunan terhadap manusia, meskipun dengan keterlaluan mereka itu, dan Tuhan kamu juga terlalu tegas apabila menjalankan hukuman.

7. Mereka yang ingkar berkata, "Jikalau sekiranya mukjizat boleh diturunkan kepada dia dari TuhanNya (barulah kami percaya)."Engkau hanyalah pemberi amaran - setiap tiap komuniti menerima seorang guru yang membimbing.

8. Allah tahu apa yang dikandung oleh setiap wanita, dan apa yang tiap tiap rahim mengeluarkan ataupun memanfaatkan. Kesemuanya itu telah diaturkan olehNya dengan pengaturan yang sangat tepat.

 9. Yang Maha Mengetahui segala rahsia rahsia dan pengakuan pengakuan; Yang Maha Agung lagi Maha Tinggi.

10. Semuanya serupa saja sama ada kamu sembunyikan fikiran fikiran kamu, ataupun dinyatakannya, ataupun disembunyikan pada malam yang gelap, ataupun bergaya diwaktu siang hari.

11. Giliran giliran (bagi Malaikat malaikat) mengambil alih, ada bersama sama tiap tiap seorang dari kamu - mereka berada didepan dan dibelakang kamu. Mereka tinggal bersama sama kamu, dan menjaga kamu dengan mengikut perintah perintah dari Allah. Lantas, Allah tidak akan menukarkan keadaan diri setiap manusia melainkan mereka itu sendiri mesti mengambil keputusan untuk menukar keadaan diri mereka. Jika Allah berkendakkan sebarang kesukaran bagi setiap manusia, tidak ada kuasa yang dapat menahannya. Kerana mereka tidak ada siapa selain Dia sebagai Tuhan dan Tuan kamu.

12. Dia Sahajalah yang menunjukkan kamu petir petanda bagi ketakutan dan juga harapan, dan Dia Sahajalah yang meinisiasikan gumpalan awan awan tebal.

13. Guruh memuji muji kemulianNya begitu juga dengan malaikat malaikat, kerana menghormati Dia. Dialah yang menghantarkan kilat petir yang berterusan, yang menyambar mengikut keadaan yang dikehendakiNya. Namun demikian , mereka masih juga berdebatan berkenaan Allah, walaupun kekuasaanNya sungguh mengkagumkan.

14. Memohon kepadaNya itulah rayuan yang sah, sementara pujaan pujaan yang mereka bermohon disamping Dia, tidak akan mendapatkan respons. Lantas, mereka itu seperti orang orang yang meregangkan tangan tangan mereka kedalam air, tetapi tidak dapat sampai kemulut mulut mereka. Rayuan rayuan dari orang orang yang ingkar itu hanyalah sia sia belaka.

Segala Yang Di-Cipta
Telah Menyerah Kepada Allah.

15. Kepada Allah sujud segala yang berada disekelian cekrawala dan bumi, dengan rela ataupun tidak rela, begitu juga dengan bayang bayang mereka diwaktu pagi dan petang.*

16. Katakanlah, "Siapakah Tuhan bagi sekelian cekrawala dan bumi?" Katakanlah, "Allah" Katakanlah, "Mengapa pula kamu mengada adakan disamping Dia tuan tuan yang tidak mempunyai sebarang kuasa yang boleh memanfaatkan ataupun memudharatkan walaupun dengan diri mereka sendiri?" Katakanlah, "Adakah sibuta sama seperti yang melihat? Adakah kegelapan sama seperti cahaya?" Sudahkah mereka berjumpa dengan pujaan pujaan kamu disamping Allah yang mencipta penciptaan serupa dengan ciptaanNya, kesudahan dengan tidak membezakan kedua dua ciptaan? Katakanlah, "Allah sahajalah yang mencipta segala galanya, dan Dialah yang Esa, yang Maha Agung.

Perbandingan:
Kebenaran Dan Kepalsuan.


17. Dia menurunkan air dari langit, menyebabkan air dilembah lembah melimpah keluar, dengan pantasnya menghasilkan buihan yang amat banyak. Begitu juga, apabila mereka menggunakan api untuk membersihkan logam logam bagi barang kemas mereka ataupun peralatan, yang menghasilkan buih. Allah memberikan analogi analogi untuk kebenaran dan kepalsuan. Dan bagi buih, ianya menjadi sisa buangan, sedangkan yang memanfaatkan bagi manusia akan tetap berada dekat dipermukaan bumi. Allah lantas memberikan analogi analogi.

18. Orang orang yang respons kepada Tuhan mereka berhak mendapat anugerah anugerah yang baik. Bagi orang orang yang gagal untuk merespons kepada Allah, jika mereka mempunyai segala yang ada dibumi - walaupun dua kali lebih banyak - mereka akan bersedia memberikan semuanya itu sebagai tebusan. Mereka telah mendapat penghitungan yang dahsyat, dan tempat tinggal yang terakhir bagi mereka ialah Neraka; destini yang sangat azab.

Perbandingan Diantara Orang Orang
Yang Percaya Dengan Orang Orang Yang Ingkar.
Orang Orang Yang Percaya.

19. Adakah seorang yang mengenali revelasi revelasi Tuhan kamu kepadamu itu benar, sama dengan orang yang buta? Hanya orang orang yang mempunyai kecerdasan dapat merenungkan.

20. Merekalah orangnya yang telah menetapkan ikrar mereka kepada Allah, dan tidak mengkhianati perjanjian.

21. Mereka sentiasa menghubungkan apa apa yang Allah telah memerintahkan untuk dihubungkan, serta menghormati Tuhan mereka, dan juga amat takut akan perhitungan.

22. Mereka begitu sabar dan ta'at dalam mencari Tuhan mereka, Mengerjakan Sembahyang (Salat), membelanjakan dari rezeki rezeki kami kepada mereka secara rahsia dan terang terang, dan mengatasi kejahatan dengan kebaikan. Mereka ini berhak mendapat tempat tinggal yang terbaik.

23. Mereka memasuki ditaman taman syurga Adnin, bersama sama dengan orang orang yang salih diantara ibu bapa ibu bapa mereka juga pasangan pasangan mereka dan anak anak mereka. Malaikat malaikat akan masuk kepada mereka dari setiap pintu.

24. "Sejahtera bagi kamu, kerana kesabaran dan keta'atan kamu. Destini yang menggembirakan."

(2) Orang Orang Yang Ingkar.

25. Bagi orang orang yang melanggar perjanjian Allah setelah membuat jaminan untuk menyimpankannya, dan memutuskan apa yang Allah telah perintahkan supaya disambungkan, dan komit kejahatan, mereka telah mendapat kutukkan; mereka telah menerima destini yang paling dahsyat.


*13:15 Bahkan orang orang yang ingkar sujud; mereka tidak boleh, sebagai contoh, menguasai denyutan jantung, paru paru mereka, ataupun peristalsis. Bayang bayang telah ditentukan oleh Allah untuk membentukkan solar dan lunar orbits, dan perbentukan yang pelik bagi planet bumi yang menyebabkan empat musim. Ketepatan matahari / bumi perhubungannya terbukti oleh kerana terciptanya pusingan solar dan bayang bayang.


Allah Yang Menguasai
Segala Peruntukkan Peruntukkan.

26. Allah Sahajalah yang menambahkan peruntukkan bagi sesiapa saja yang dikehendakiNya, ataupun menahannya. Mereka telah menjadi sibuk dengan kehidupan ini, dan bagi kehidupan disini, jika dibandingkan dengan Akhirat, tidak ada nilainya.

27. Orang orang yang ingkar akan berkata, "Jika hanya mukjizat dapat turun kepadanya dari TuhanNya (kami akan percaya)." Katakanlah, "Allah menyesatkan sesiapa saja yang dikehendakiNya, dan membimbing kepadaNya hanya orang orang yang patuh."

28. Merekalah orang orang yang hati hati mereka bergembira dalam mengingati Allah. Sememangnyalah, dengan mengingati Allah itu hati hati menikmati kegembiraan.

29. Orang orang yang percaya dan mengamalkan kehidupan yang benar berhak mendapat kegembiraan dan destini yang paling meriah.

Rasul Allah Yang Di-Janjikan.

30. Kami telah menghantar engkau (Wahai Rashad)* kepada komuniti ini, sebagaimana yang telah kami lakukan kepada komuniti lainnya dimasa lalu. Engkau mestilah bacakan kepada mereka apa yang telah kami turunkan kepada engkau, kerana mereka telah mengingkari yang Maha Pengasih. Katakanlah, "Dialah Tuhanku. Tidak ada tuhan melainkan Dia. Aku letakkan kepercayaanku kepadaNya sahaja; kepadaNya sahajalah berakhirnya destiniku."

Mukjizat Matematik Didalam Quran.

31. Sekalipun jika ada Quran menjadikan gunung gunung bergerak, ataupun bumi terbelah dan berkecai, ataupun yang mati dapat berkata kata (mereka tidak akan percaya). Allah berkuasa atas segala galanya. Tidakkah masanya bagi orang orang yang percaya itu menyerah dan sedar jika Allah kehendaki, Dia tentunya boleh membimbing kesemua manusia? Orang Orang yang ingkar akan berterusan menderita bencana demi bencana, akibat dari perbuatan perbuatan mereka sendiri, ataupun malapetaka malapetaka hampir menyerang mereka, sehingga perjanjian Allah telah terlaksana. Allah tidak akan menukarkan ketentuan destini.

Semua Para Rasul Mesti Dicemuh.

32. Para rasul sebelum kamu telah dicemuh; Aku izinkan orang orang yang ingkar itu dengan cemuhan, dan kami menghukum mereka. Betapa dahsyatnya hukumanKu!

33. Adakah terdapat sesiapa yang sama dengan Yang Maha Esa yang menguasai setiap satu roh? Namun demikian, mereka mengadakan pujaan pujaan untuk menandingi Allah. Katakanlah, "Namakan mereka. Adakah kamu memberitahukan Dia tentang sesuatu dibumi yang Dia tidak ketahui? Ataupun, adakah kamu mereka rekakan kenyataan kenyataan yang kosong?" Sesungguh -nya, perancangan perancangan bagi orang orang yang ingkar itu telah dihiaskan baik dimata mata mereka. Lantas mereka telah dialihkan dari jalan yang benar. Sesiapa saja yang Allah sesatkan tidak akan mendapatkan seorang guru pun untuk membimbing.

34. Mereka telah menerima hukuman dikehidupan ini, dan hukuman diAkhirat lebih lagi dahsyatnya. Tidak ada apapun yang dapat melindungi mereka dari Allah.

Menggambarkan Alegori Syurga.

35. Alegori bagi Syurga, yang telah dijanjikan untuk orang orang yang benar, air sungai sungai yang mengalir, peruntukkan peruntukkan yang tidak habis habis, dan tempat teduhan yang sejuk. Demikianlah destini bagi orang orang yang mengamalkan kebaikan, sementara destini bagi orang orang yang ingkar adalah Neraka.

36. Orang orang yang menerima kitab sangat bergembira dengan apa yang telah diturunkan kepadamu; setengah yang lainnya mungkin menolak bahagian bahagian yang ada. Katakanlah, "Aku hanya disuruh supaya menyembah Allah, dan tidak sekali menyekutukan sebarang pujaan pujaan beserta dengan Dia. Aku menjemput kepadaNya, dan kepadaNya sajalah akhirnya destiniku.


*13:30 Jika kami mencampurkan nilai gematrikal "Rashad" (505) dicampur dengan nilai "Khalifa" (725), dicampurkan dengan nombor surah (13), dicampurkan dengan nombor ayat (30), kita akan mendapat 505+725+13+30=1273. Lantas, Allah telah tentukan nama RasulNya (lihat Appendik 2 untuk penjelasan lanjut.


Tuhan Mengautaritifkan
Kod Matematik Didalam Quran.*

37. Kami menurunkan undang undang ini didalam bahasa Arab, dan jika kau setuju dengan keinginan keinginan mereka, setelah ilmu pengetahuan ini datang kepada kamu, kamu tidak akan mendapatkan pihak berikatan dan tidak juga sebarang pelindung terhadap Allah.

38. Kami telah menghantar para rasul sebelummu (Wahai Rashad), dan kami jadikan mereka itu suami suami dan isteri isteri dengan anak anak. Tidak ada rasul dapat menunjukkan mukjizat tanpa mendapat autaritif dari Allah, dan mengikut ketentuan yang telah ditetapkan waktunya.

39. Allah yang memadamkan apa saja dengan kehendakiNya dan membetulkan.DenganNya Rekod Asal.

40. Sama ada kami tunjukkanmu apa yang kami janjikan kepada mereka, ataupun kami tamatkan nyawamu sebelum itu, tugasmu hanyalah semata mata untuk menyampaikan (mesej). Dan kamilah yang akan memanggil mereka untuk mendapatkan perhitungan.

41. Tidakkah mereka melihat yang setiap hari dibumi ini telah membawa mereka dekat kepada penamat. Allah yang menentukan ketetapan ajal mereka, yang tidak boleh ditarik balik? Sesungguhnya Dialah Penghitung yang sangat cekap.

42. Yang lainnya sebelum mereka telah mengaturkan perancangan, tetapi Allah mempunyai perancangan yang terakhir. Dia tahu segala apa yang kesemuanya manusia lakukan. Orang orang yang ingkar akan mendapat tahu siapakah pemenang pemenang yang terakhir.

43. Orang orang yang ingkar akan berkata, "Engkau bukanlah seorang rasul!" Katakanlah, "Cukuplah Allah sebagai saksi diantara aku dan kamu, dan orang orang yang mempunyai ilmu pengetahuan tentang kitab."


813:37-38 Nombor ayat (38)=19x2. Tuliskan nilai "Rashad" (505) dan "Khalifa" (725) disebelah 13:37-38 menjadikan 505725133738, ataupun 19x26617112302 (Appendik 2).


homeBack Home


 

info@submission.org

SUBMISSION.ORG

 

 


 

Copyright © 1997-2003 Submission.org