Surah 10: Yunus.
1-109

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

 

1. A . L . R.* (Alif. Lam. Raa - Huruf huruf) ini ialah bukti bukti bagi kitab yang penuh dengan kebijaksanaan (hikmah).

2. Adakah terlalu sangat menghairankan bagi manusia yang kami telah meinspirasikan seorang lelaki seperti mereka? Dia (telah diinspirasikan untuk berkata), "kau mestilah memberi amaran kepada manusia, juga sampaikan berita berita baik kepada orang orang percaya yang mereka itu telah mendapat tempat yang tertinggi disisi Tuhan mereka." Orang orang yang ingkar itu berkata, "Ini adalah ahli magik yang pintar!"


*10:1 huruf huruf ini mengandungi bahagian besar Quran kod matematika yang mengkagumkan dan bukti yang menunjukkan pengarang suci. Lihat Appendik 1 untuk penjelasannya.


3. Tuhan kamu hanyalah Allah; yang Esa yang menciptakan sekelian cekrawala dan bumi selama enam hari, dan memegang segala kekuasaan. Dia yang menguasai segala perkara perkara. Tidak ada jaminan bagi sesiapapun, melainkan dengan mengikut kehendakNya. Itulah Allah Tuhan kamu. Kamu mestilah sembah Dia. Tidakkah kamu mahu merenungkan?

4. KepadaNya tempat kembali kamu yang terakhir, kesemuanya kamu. Ini adalah perjanjian Allah yang sebenar. Dialah yang meinisiasikan kejadian, dan mengulanginya, demi untuk memberi ganjaran kepada orang orang yang percaya dan yang menjalani kehidupan yang benar, dengan saksamanya. Bagi orang orang yang ingkar, mereka mendapatkan minuman yang amat memedihkan dari Neraka sebagai hukuman diatas keingkaran mereka.

5. Dia Sahajalah yang menjadikan matahari bersinar, dan bulan bercahaya, dan Dialah yang membentuk fasa fasa supaya kamu dapat belajar mengira tahun tahun dan menghitung. Allah tidak mencipta kesemuanya ini melainkan hanya dengan tujuan yang tertentu. Dia telah menerangkan revelasi revelasi kepada orang orang yang mengenalinya.

6. Tentu sekali, dengan pertukaran malam dan siang, dan apa yang Allah ciptakan disekelian cekrawala dan bumi, semuanya ini adalah tanda tanda bagi orang orang yang benar.

Terlalu Sibuk Dengan Keduniaan.

7. Orang orang yang tidak menyangka untuk bertemu kami, dan terlalu sibuk dengan kehidupan didunia ini dan berpuas hati dengannya, tidak ingin untuk mengambil peringatan dengan bukti bukti kami;

8. Ini akan mendapat azab Neraka sebagai tempat tinggal yang terakhir, akibat dari kerja kerja mereka sendiri.

Allah Membimbing
Orang Orang Yang Percaya.

9. Bagi orang orang yang percaya dan mengikuti kehidupan yang benar, Tuhan mereka membimbing mereka, atas ketulusan kepercayaan mereka. Dengan sungai sungai yang airnya mengalir dibawah mereka didalam taman taman yang penuh dengan kebahagiaan.  

10. Do'a mereka didalamnya ialah: "Maha suci bagiMu, tuhan kami," dan teguran sapa mereka didalamnya ialah: "Sejahtera," dan bagi penutup do'a mereka ialah: "Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam."

11. Jika Allah mengenakan hukuman yang disegerakan kepada manusia, sebagaimana yang mereka menuntut supaya diberikan rezeki untuk mereka, pasti mereka telah dihapuskan lebih dulu lagi. Bagaimanapun, kami tinggalkan orang orang yang tidak percaya akan pertemuan dengan kami itu, berterusan dengan perangai yang keterlaluan, kesilapan.

12. Apabila kesusahan dikenakan kepada manusia, dia bermohon kepada kami sambil berbaring, duduk, ataupun berdiri. Tetapi bila saja kami ringankan kesusahannya, dia melupakannya seolah olah dia tidak pernah bermohon kepada kami untuk diringankan bebannya! Segala kerja kerja yang dilakukan oleh orang orang yang melampaui batas itu dihiaskan baik dimata mata mereka.

Pengajaran Pengajaran Dari
Kesah Kesah Yang Lalu.

13. Banyak generasi yang terdahulu telah kami hapuskan kerana mereka sangat melampaui batas. Para rasul datang kepada mereka dengan membawa bukti bukti yang nyata, tetapi mereka itu terlalu mengingkarinya. Lantas kami membalas perbuatan orang orang yang bersalah.

Sekarang Bahagian Kamu Pula.

14. Maka kami jadikan pewaris pewaris dibumi ini, untuk melihat bagaimana akan kamu lakukan.

Tiap Tiap Huruf
Di-Kira Dan Di-Susun
Oleh Tuhan.

15. Apabila revelasi revelasi kami dibacakan kepada mereka, orang orang yang tidak menyangka akan bertemu dengan kami itu berkata, "Bawalah Quran* yang lain dari ini, ataupun tukarkan!" Katakanlah, "Aku tidak boleh sengajakan menukarnya sendiri. Aku hanyalah mengikuti apa yang telah diterangkan kepadaku. Aku takut, sekiranya aku tidak menta'ati Tuhanku, akan mendapat hukuman pada hari yang menggerunkan."

16. Katakanlah, "Dengan kehendak Allah, aku tidak akan dapat membacakannya kepada kamu, dan tidak juga kamu akan dapat mengetahui suatu apapun tentangnya. Aku telah hidup bersama sama diantara kamu sepenuh kehidupanku sebelum ini (dan kamu mengenaliku sebagai orang yang waras dan benar). Tidakkah kamu faham?"

17. Siapalah yang paling zalim dari orang orang yang mengada adakan pembohongan terhadap   Allah, ataupun mengingkari revelasi revelasiNya. Tentu sekali, orang orang yang melampaui batas itu tidak akan berjaya.

18. Mereka menyembah disamping Allah pujaan pujaan yang tidak mempunyai kuasa untuk menyakitkan ataupun memberi manfaat kepada mereka, dan mereka berkata, "Inilah perantaraan perantaraan kami yang dekat dengan Allah!" Katakanlah, "Adakah kamu memberitahukan sesuatu kepada Allah yang Dia tidak mengetahui akan segala yang berada disekelian cekrawala dan dibumi?" Maha suci Dia. Dialah yang Maha Tinggi; jauh sekali dari memerlukan sebarang sekutu.

19. Manusia adalah asalnya dari satu perhimpunan, maka mereka bertikaian. Jikalau tidak kerana penentuan perkataan dari Tuhan kamu, mereka telah diadili dengan segera berkenaan pertikaian pertikaian mereka.

Maklumat Berkenaan Mukjizat
Quran Telah Di-Sahkan
Selepas Muhammad*

20. Mereka berkata, "Kenapa tidak ada mukjizat turun kepada dia dari Tuhannya?" Katakanlah, "Keadaan bagi masa depan kepunyaan Allah; maka tunggulah, dan aku juga sama sama menunggu dengan kamu."

Manusia Yang Menentang.

21. Apabila kami berkati manusia dengan belas kasih selepas malapetaka yang telah dialami, maka dengan pantas saja mereka merancang untuk menentang revelasi revelasi kami! Katakanlah, "Perancangan dari Allah lebih lagi berkesan. Kerana para rasul kami akan mencatit segala perancangan kamu."

22. Dia Sahajalah yang menggerakkan kamu untuk melangkah kedarat dan laut. Kamu berada didalam kapal, dan ianya belayar dengan amannya melalui sepoian angin. Maka, sementara menikmati keadaan itu, angin kencang meniup, dan ombak ombak keras mengelilingi mereka disegenap penjuru. Inilah masanya mereka bermohon kepada Allah, dengan penuh kejujuran mengabdikan do'a do'a mereka kepada Dia sahaja: "Jika Engkau selamatkan kami sekarang, kami sentiasa bersyukur."

23. Sebaik sahaja Dia menyelamatkan mereka, mereka menjadi orang orang yang melampaui batas dimuka bumi ini, yang menentang kebenaran. Wahai manusia, keterlaluan kamu hanya akan menjejaskan roh roh kamu. Kamu terlalu asyik dengan kehidupan didunia ini, dan kepada kamilah tempat pertemuan kamu yang terakhir, maka akan kami beritahukan kepada kamu segala apa yang telah kamu lakukan.


*10:15 Perkataan (Quran) telah disebutkan didalam Quran sebanyak 58 kali, tetapi apabila ayat ini menyatakan kepada "(Quran yang lain)," ianya tidak boleh dikira; Lantas "Quran" disebutkan didalam Quran sebanyak 57 kali, 19x3.

*10:20 Apabila ditinjau kemballi, kami dapati yang mukjizat Quran, sebenarnya "Satu dari mukjizat yang terbesar" (74:30-35), telah ditakdirkan untuk diketahui 14 centeri selepas Muhammad, jika Muhammad telah diberikan mukjizat ini, orang orang muslim yang sememangnya memujakan Muhammad disamping Allah, mungkin akan menyembahnya sebagai Allah jelmaan. Tambahan pula, Mukjizat ini telah dibentuk pada zaman komputer, dan akan menggembirakan generasi yang berteras -kan kepintaran matematika.


24. Analogi kehidupan didunia ini: kami turunkan hujan dari langit untuk mengeluarkan berbagai rupa tumbuh tumbuhan dari bumi, dan untuk memberikan makanan kepada manusia dan binatang binatang. Maka, apabila saja bumi ini telah disempurnakan hiasannya, dan apabila orang orang ini berfikir bahwa merekalah yang menguasai itu semua, pengadilan kami pun datang diwaktu malam ataupun siang,* ditinggalkan habis keseluruhannya seolah olah kesemuanya itu tidak pernah wujud sebelumnya. Lantas kami terangkan revelasi revelasi kami kepada orang orang yang dapat merenungkan.

25. Allah mengundang kepada keamanan yang berkekalan, dan membimbing sesiapa saja dengan kehendakNya dijalan yang lurus.

Syuga Dan Neraka
Adalah Kebenaran Yang Mutlak.

26. Untuk orang orang yang benar, mereka diberikan anugerah yang berlipat ganda banyaknya. Wajah wajah mereka tidak akan kelihatan sedih ataupun malu. Inilah penghuni penghuni syurga; mereka tinggal berkekalan didalamnya untuk selama lamanya.

27. Bagi orang orang yang melakukan dosa dosa, balasannya bersamaan dengan dosa mereka. Kehinaan menyelubungi mereka, dan tidak ada sesiapa selain Allah dapat melindungi mereka. Wajah wajah mereka kelihatan diselibungi kekusutan didalam kegelapan malam. Mereka menjadi penghuni penghuni Neraka; mereka tinggal berkekalan didalamnya untuk selama lamanya.

Pujaan Pujaan
Berpaling dari Orang
Orang Yang Memuja Mereka.

28. Dihari yang mana kami kumpulkan mereka semua, kami akan katakan kepada orang orang yang menyembah pujaan pujaan mereka, "Kami telah kumpulkan kamu, bersama sama dengan pujaan pujaan kamu." Kami biarkan mereka berhadapan sesama sendiri,dan pujaan pujaan mereka akan berkata kepada mereka, "Kami tidak ada pengetahuan yang kamu mendewa dewakan kami."

29. "Cukuplah Allah sebagai saksi diantara kami dan kamu, sesungguhnya kami tidak sekali kali sedar yang kamu mendewa dewakan kami."

30. Itulah apabila tiap tiap roh akan diperiksa segala apa yang telah dilakukan. Mereka akan dikembalikan kepada Allah, Tuhan dan Tuan mereka yang sebenar, dan pujaan pujaan yang mereka ada adakan itu akan berpaling dari mereka.

31. Katakanlah, "Siapakah yang mengadakan peruntukkan dari langit dan bumi? Siapakah yang menguasai pendengaran dan pandangan? Siapakah yang memberikan kehidupan dari yang sudah mati, dan yang mati kepada kehidupan? Siapakah yang berkuasa diatas segala galanya?" Mereka akan berkata, "Allah." Katakanlah, kenapakah tidak kamu memerhatikan perintah perintah?"

32. Itulah Allah, Tuhan kamu yang sebenar benarnya.Apalah yang ada lagi sesudah kebenaran, melainkan kepalsuan? Bagaimanakah dapat kamu meninggalkan semuanya ini?

33. Inilah keputusan yang Allah jatuhkan kepada orang orang yang memilih untuk menzalimi diri diri mereka sendiri: mereka tidak boleh percaya.

Renungkanlah
Akan Pujaan Pujaan Kamu.

34. Katakanlah, "Bolehkah segala pujaan pujaan kamu memulakan ciptaan, kemudian mengulanginya?" Katakanlah, "Allah yang memulakan segala ciptaan, dan mengulanginya."

35. Katakanlah, "Adakah segala pujaan pujaan kamu itu membimbing kepada kebenaran?" Katakanlah, "Allah yang membimbing kepada kebenaran. Adakah orang yang membawa kebenaran lebih patut diikuti, ataupun orang yang tidak dapat bimbingan, dan perlukan bimbingan untuknya? Apakah salahnya dengan pengadilan kamu?"


*10:24 Allah tentu sekali, mengetahui yang hukumanNya akan mendatangi mereka diwaktu siang hari ataupun malam. Tetapi sememangnya kejadian bumi akan mengalami separuh siang dan separuh malam apabila akhirnya dunia tiba. Lainnya "mukjizat scientific" bagi Quran.


36. Kebanyakan dari mereka hanya mengikuti terkaan semata mata, tetapi terkaan tidak boleh digantikan dengan kebenaran. Allah amat sedar akan apa apa yang mereka lakukan.

Allah Pengarang Quran.

37. Quran ini tidak mungkin dikarang oleh yang lainnya melainkan Allah. Ianya mengesahkan semua perutusan perutusan yang terdahulu, dan kitab ini telah memberi penerangan yang cukup sempurna. Tidak ada sebarang kesilapan didalamnya; kerana ianya datang dari Tuhan semesta alam.

38. Jika mereka berkata, "Dia menirunya," katakan, "Dan buatkan satu surah serupa ini, dan jemputlah sesiapa saja yang kamu inginkan, selain Allah, jika kamu sememangnya benar."

39. Sesungguhnyalah, mereka mengingkarinya dengan tidak terlebih dahulu mempelajari dan menelitinya, sebelum memahaminya. Demikian juga dengan orang orang yang sebelum mereka yang mengingkarkan. Dari itu, lihatlah akibat yang menimpa orang orang yang melampaui batas itu.

40. Sesetengah dari mereka percaya (dengan kitab ini), sementara yang lain mengingkarinya. Tuhan kamu amat menyedari akan perbuatan orang orang yang zalim itu.

41. Jika mereka mengingkari kamu, maka katakanlah, "Aku mempunyai kerja kerja aku sendiri, dan kamu juga punyai kerja kerja kamu. Kamu jujur dengan apa apa yang kamu lakukan, begitu juga aku jujur dengan apa apa yang aku lakukan."

42. Sesetengah dari mereka mendengarkan kamu, tetapi dapatkah kamu membuat orang orang yang pekak itu mendengar, walaupun mereka tidak memahaminya?

Manusia Bebas
Memilih Jalan mereka Sendiri.

43. Sesetengah mereka melihat kamu, tetapi dapatkah kamu membimbing orang orang yang buta, Walaupun mereka tidak dapat melihat?

44. Allah tidak pernah membimbing manusia kejalan yang salah; manusia itu sendiri yang telah membuat pilihan untuk menzalimi roh roh mereka.

45. Pada hari apabila Dia mengumpulkan mereka kesemuanya, mereka akan merasakan seolah olah mereka itu berada didunia ini hanya sejam pada sehari, itulah masanya yang mereka pernah bertemu. Rugi sungguh orang orang yang tidak percaya akan bertemu dengan Allah; dan memilih supaya disesatkan.

46. Sama ada kami tunjukkan kepada kamu beberapa (siksaan) yang kami janjikan kepada mereka, ataupun mematikan kamu sebelum itu, kepada kamilah tempat kembali kamu yang terakhir. Allah menyaksikan segala apa apa yang mereka lakukan.

47. Tiap tiap satu komuniti, satu rasul. Selepas rasul mereka datang, mereka akan dihakimi dengan saksama, dengan tidak sedikitpun ketidak adilan.

48. Mereka mencabar: "Bilakah ramalan itu akan didatangkan, jika kamu sungguh berkata benar?"

Rasul Tidak Mempunyai Kuasa.

49. Katakanlah, "Aku tidak mempunyai kuasa untuk menyakitkan ataupun memanfaatkan diriku; hanyalah keizinan dari Allah sahaja yang mengambil tempat semuanya ini." Tiap tiap komuniti mendapat ketentuan jangka umur mereka. Apabila saja masa penungguannya sampai dipenghujung, mereka tidak dapat dilambatkan untuk sejam, ataupun dipercepatkannya.

50. Katakanlah, "Sama ada hukumanNya datang kepada kamu pada waktu malam ataupun siang hari, kenapakah orang orang yang melampaui batas itu begitu terburu buru?

51. "Jika itu berlaku, barukah kamu mempercayainya? Kenapa mesti kamu percaya sekarang? Kamu pernah mencabar supaya ianya datang?"

52. Akan dikatakan kepada orang orang yang melampaui batas itu, "Rasakanlah hukuman yang berkekalan. Tidakkah kamu mendapat balasan yang tepat diatas apa yang telah kamu usahakan?"

53. Mereka mencabar kamu dengan ramalan itu: "Betulkah ini benar benar akan berlaku?" Katakan, "Ya sesungguhnya, demi Tuhan kami, ini adalah benar, dan kamu tidak akan dapat melepaskan diri."

Apakah Nilai Keimanan.

54. Jika sebarang roh yang zalim itu mempunyai segala yang ada dimuka bumi ini, mereka bersedia untuk menawarkan kesemuanya itu sebagai tebusan. Mereka akan merasa bersalah dan kesal, apabila mereka melihat hukuman. Mereka akan diadili dengan saksama, dengan tidak sedikitpun ketidak adilan.

55. Tentu sekali, kepunyaan Allah segala galanya disekelian cekrawala dan bumi. Tentu sekali perjanjian Allah adalah benar, tetapi kebanyakan mereka itu tidak ketahui.

56. Dia yang menguasai kehidupan dan kematian, dan kepadaNyalah kamu semua akan dikembalikan.

57. Wahai manusia, kesedaran telah datang kepada kamu dari Tuhan kamu, dan penyembuh bagi segala hati hati yang susah, petunjuk dan juga belas kasih bagi orang orang yang percaya.

Kegembiraan Bagi
Orang Orang Yang Percaya.

58. Katakanlah, "Dengan kurnia Allah dan juga dengan belas kasihNya maka mereka menikmati kegembiraan." Ini jauh lebih baik lagi dari segala kebendaan yang mereka dapat kumpulkan.

Manusia Yang
Mengada Adakan Pengharaman
Terhadap Makanan.

59. Katakanlah, "Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah turunkan berbagai peruntukkan peruntukkan dan kamu menjadikan sebahagiannya itu haram dan sebahagian darinya dihalalkan?" Katakanlah, "Adakah Allah memberi kamu keizinan berbuat demikian? Ataupun, kamu mengada adakan pembohongan dan diatributkannya kepada Allah?"

60. Tidakkah orang orang yang mengada adakan pembohongan terhadap Allah itu terfikir yang mereka akan bersemuka dengan Dia diHari Kebangkitan kelak? Sesungguhnya, Allah mencucuri kurniNya tetapi kebanyakan dari mereka tidak tahu bersyukur.

Mengenali Allah.

61. Kamu tidak akan mendapati disuatu situasi, yang kamu tidak membaca Quran, dan tidak juga kamu berbuat satu apapun, dengan tidak kami menjadi saksi dengannya ketika kamu melakukannya. Sekalipun seberat atom tidak akan dapat terhindar dari kekuasaan Tuhan kamu, biarpun disekelian cekrawala ataupun dibumi. Tidak juga sesuatu yang lebih kecil ataupun lebih besar dari atom, yang tidak direkodkan didalam rekod yang nyata.

Kebahagian:
Sekarang Dan Selama Lamanya.*

62. Tentu sekali, pihak yang berikatan dengan Allah tidak ada apa yang mesti ditakutkan, dan tidak juga mereka mesti bersedih.

63. Mereka adalah orang orang yang percaya dan menjalani kehidupan yang benar.

64. Untuk mereka, kegembiraan dan kebahagiaan didunia ini, dan juga diAkhirat. Inilah perintah Allah yang tidak pernah berubah. Demikian itulah kemenangan yang terbesar.

65. Janganlah bersedih dengan kata kata mereka. Semua kekuasaan kepunyaan Allah. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

66. Tentu sekali, kepunyaan Allah segala sesuatu disekelian cekrawala dan seagla sesuatu yang berada dibumi. Sesiapa yang mengadakan pujaan pujaan disisi Allah sebenarnya tidaklah mengikuti satu apapun. Mereka hanya berfikir yang mereka itu telah mengikuti sesuatu. Padahal mereka hanya terkaan saja.  

67. Dia Sahajalah yang menjadikan malam untuk kamu berihat, dan menjadikan siang hari itu terang. Ini adalah bukti bukti untuk orang orang yang boleh mendengarkan.


*10:62-64 Kebanyakan manusia berfikiran yang mereka hanya boleh menunggu sehingga Hari Kebangkitan barulah mereka menerima ganjaran diatas perbuatan baik mereka, ataupun siksaan untuk orang orang yang zalim. Sesungguhnya Quran berulang kali memberi jaminan bagi orang orang yang percaya kebahagian yang sempurna didunia ini sekarang dan untuk selama lamanya. diakhir masa penungguan mereka disini, mereka terus keSyurga (lihat Appendik 17).


Kekufuran Yang Terlampau.

68. Mereka berkata, "Allah telah mempunyai anak lelaki!" Maha suci bagiNya. Dialah yang Maha Kaya. KepunyaanNya segala yang berada disekelian cekrawala dan sekeliannya dibumi. Kamu tidak ada bukti untuk menyokong kekufuran yang sedemikian. Patutkah kamu mengatakan berkenaan Allah apa yang tidak kamu ketahui?

69. Umumkanlah: "Orang orang mengada adakan pembohongan terhadap Allah tidak akan dapat kemenangan."

70. Mereka akan mendapat bahagian yang sementara saja didunia ini, dan kepada kamilah tempat kepulangan mereka yang terakhir, akan kami komitkan hukuman yang dahsyat kerana keingkaran mereka.

Nuh.

71. Bacakanlah kepada mereka sejarah Nuh. Dia berkata kepada kaumnya, "Wahai kaumku, jika kamu mendapati kedudukanku dan peringatanku berkenaan revelasi revelasi Allah terlalu sangat untuk kamu, maka aku letakkan kepercayaanku kepada Allah. Kamu sepatutnya berkumpul dengan ketua ketua kamu, bersetuju dengan keputusan terakhir kamu, dan beritahukanlah kepadaku dengan segera.

72. "Jika kamu berpaling, maka aku tidak meminta kepada kamu sebarang pembayaran. Pembayaranku datangnya dari Allah. Aku telah diperintahkan supaya menyerahkan diriku dengan sepenuh penyerahan (kepada Allah)."

73. Mereka mengingkari dia, akibatnya kami selamatkan dia dan orang orang yang bersama samanya didalam bahtera; dan kami jadikan mereka pewaris pewaris, maka kami tenggelamkan orang orang yang mengingkari revelasi revelasi kami. Lihatlah akan akibatnya; kerana mereka telah diberikan amaran.

Manusia Berkeras Dengan Dosa Asal.

74. Maka kami hantarkan para rasul sesudah dia kepada kaumnya, dan mereka menunjukkan kepada mereka bukti bukti yang nyata. Tetapi mereka tidak dapat percaya apa yang telah mereka ingkarkan dimasa dahulu. Lantas kami tutupkan hati hati orang orang yang melampaui batas itu.

Musa Dan Harun.

75. Maka kami pun menghantar sesudah mereka Musa dan Harun kepada Fir'aun dan kumpulannya, dengan bukti bukti kami. Tetapi mereka menjadi sombong bongkak; kerana mereka itu adalah orang orang yang melampaui batas.

76. Apabila kebenaran datang kepada mereka daripada kami, mereka berkata, "Ini adalah magik yang terang!"

77. Musa berkata, "Adakah begini anggapan kamu terhadap kebenaran apabila ianya datang kepada kamu? Adakah ini magik? Mana mungkin sebarang ahli magik dapat mengatasinya?"

78. Mereka berkata, "Patutkah kamu datang untuk menukarkan kami daripada apa yang telah diamalkan oleh ibu bapa ibu bapa kami, demi untuk mendapatkan kedudukan kedudukan yang terpenting untuk kamu berdua? Kami tidak akan ingin mengikuti kamu sebagai orang orang yang percaya."

Kebenaran Dapat Di-Atasi.

79. Fir'aun berkata, "Bawalah kepada aku semua ahli magik yang berpengalaman."

80. Apabila ahli magik datang, Musa berkata kepada mereka, "Lemparkanlah apa saja yang dapat kamu lemparkan."

81. Apabila mereka melempar , Musa berkata, "Apa yang kamu tunjukkan itu adalah magik, dan Allah akan menjadikan itu gagal. Allah tidak akan menyokong kerja kerja yang ketelaluan batas."

82. Allah memastikan yang perkataan perkataanNya adalah benar, walaupun adanya penjenayah penjenayah.

83. Tidak satupun yang percayakan Musa melainkan hanya beberapa orangnya, kerana takut dengan kezaliman Fir;aun dan orang orang tertuanya. Tentu sekali, Fira'un amat sangat sombong dimuka bumi, yang benar benar zalim.

84. Musa berkata, "Wahai kaumku, jika kamu mempercayai Allah, maka letakkanlah kepercayaan kamu kepadaNya, jika kamu benar benar menyerahkan diri diri kamu dengan sepenuh penyerahan (kepada Allah)."

85. Mereka berkata, "Kami percaya kepada Allah. Tuhan kami, selamatkanlah kami dari siksaan dan penindasan dari orang orang ini."

86. "Bebaskanlah kami, dengan belas kasihMu, daripada orang orang yang ingkar."

87. Kami meinspirasikan kepada Musa dan saudaranya. "Kekalkan rumah rumah kamu diMesir buat sementara waktu, untuk dijadikan tempat beribadah (synagogues), dan kekalkan dengan Mengerjakan Sembahyang (Salat). Sampaikanlah berita baik kepada orang orang yang percaya."

88. Musa berkata, "Tuhan kami, Engkau telah memberi Fir'aun dan orang orang tertua itu kemewahan dan kekayaan didunia ini, Tuhan kami, mereka menggunakan kesemuanya itu untuk memalingkan yang lainnya dari jalanMu. Tuhan kami, hapuskanlah kekayaan mereka dan keraskanlah hati hati mereka dari percaya, sehingga mereka dapat melihat akan hukuman yang sangat menyakitkan itu."

89. Dia berkata, "Doa' kamu telah dijawab (Wahai Musa dan Harun), dan bersabarlah, janganlah mengikut perjalanan orang orang yang tidak mengerti."

90. Kami hantarkan bani Israil menyeberangi laut. Fir'aun dan askar askarnya menyusul mereka dengan penuh keganasan dan kezaliman. Apabila tenggelam itu menjadi kenyataan kepada mereka, dia pun berkata, "Aku percaya yang tidak ada tuhan melainkan yang Esa dimana bani Israil telah percaya; aku menyerahkan diriku dengan sepenuhnya (kepada Allah).

91. "Sudah terlambat!* kerana kamu telah menentang, dan menjadi seorang yang pelampau.

Mengekalkan Tubuh Fir'aun.

92. "Hari ini, akan kami kekalkan tubuh kau, untuk dijadikan pelajaran kepada generasi generasi yang akan datang."* Amat dikesalkan, kebanyakan manusia tidak menyedari langsung bukti bukti dari kami.

93. Kami telah mengurniakan bagi bani Israil dengan kedudukan yang mulia, dan merahmati mereka dengan peruntukkan peruntukkan yang baik baik. Namun demikian, mereka masih bertikaian apabila ilmu pengetahuan ini datang kepada mereka. Tuhan kamu akan menghakimi mereka diHari Kebangkitan kelak tentang apa apa yang mereka pertikaikan.

Keraguan Rasul.

94. Jika kamu meragui apa yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu, maka bertanyalah kepada orang orang yang membaca kitab yang terdahulu. Sesungguhnya kebenaran telah datang kepadamu dari Tuhan kamu. Janganlah bersama sama dengan orang orang yang meragukan.

95. Dan jangan sekali kamu mengikuti orang orang yang mengingkari revelasi revelasi Allah, Agar kamu tidak akan bersama sama dengan orang orang yang rugi.

96. Tentu sekali orang orang yang telah didekrikan dengan kutukkan dari Tuhan kamu tidak boleh percaya.

97. Walau berbagai bagai bukti kamu tunjukkan kepada mereka, (mereka tidak akan percaya), sehingga mereka melihat hukuman yang menyakitkan.

Negara Negara
Yang Percaya Akan Makmur.

98. Sebarang komuniti yang percaya tentu sekali akan diberikan ganjaran kerana mempunyai kepercayaan. Contohnya, kaum Yunus: apabila mereka percaya, kami ringankan beban kehinaan dan hukuman yang mereka deritai didunia ini, dan kami berikan mereka itu menikmati kehidupan yang makmur.


*10:91 Percaya kepada Allah adalah langkah yang pertama. Sesudah itu, seorang perlukan untuk menyuburkan dan mengembangkan rohnya melalui amalan menyembah Allah (lihat Appendik 15).

*10:92 Allah menganugerahkan orang orang Mesir dengan ilmu yang tinggi berkenaan mumifikasi. Hari ini, mumia tubuh Fir'aun telah dipamerkan dekat Cairo Museum.


 
99. Dengan kehendak Allah, semua manusia dimuka bumi ini dapat mempercayainya.* Adakah kamu berkeinginan memaksa orang orang ini supaya percaya?

 

Orang Orang Ingkar Itu Di-Halang.

100. Tidak ada jiwa yang boleh percaya melainkan dengan mendapat keizinan dari Allah. Kerana Dia Telah menyumpah orang orang yang tidak mahu mengerti.

101. Katakanlah, "Lihatlah dengan segala tanda tanda yang berada disekelian cekrawala dan dibumi." Kesemua bukti bukti dan amaran amaran tidak akan dapat menolong orang orang yang telah mengambil keputusan untuk mengingkarinya.

102. Dapatkah mereka mengharapkan melainkan nasib rakan sejawat mereka yang telah berlalu? Katakanlah, "Tunggulah, dan bersama kamu, aku juga menunggu."

Terjamin Menang.

103. Kami akhirnya menyelamatkan para rasul kami dan orang orang yang percaya. Inilah perintah kami yang tidak pernah berubah, yang mana kami sentiasa menyelamatkan orang orang yang percaya.

104. Katakanlah, "Wahai manusia, jika kamu ada mempunyai sebarang keraguan berkenaan agama kami, aku tidak menyembah apa yang kamu sembah disisi Allah. Aku hanya menyembah Allah sahaja; yang Esa yang menamatkan nyawa kamu. Aku diperintahkan supaya menjadi orang orang yang percaya."

105. Aku telah diperintahkan: "Peliharalah diri kamu dengan mengabdikan hanya kepada agama yang monoteis; kamu janganlah mengamalkan penyekutuan (terhadap Allah).

106. "Kamu jangan sekali menyembah disamping Allah segala apa yang tidak mempunyai kuasa untuk memanfaatkanmu atau memudharatmu. Jika kamu melakukan demikian, engkaulah seorang yang pelampau."

Semua Kuasa Kepunyaan Allah.

107. Jikalau Allah mengenakan kamu dengan kesukaran, tidak siapa dapat meringankannya melainkan Dia. Dan apabila Dia merahmati kamu, tidak ada kuasa dapat menghalangi dari segala limpah kurniaNya. Dia mengurniakannya sesiapa saja yang Dia pilih diantara hamba hambaNya. Sesungguhnya, Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

108. Umumkanlah: "Wahai manusia, kebenaran telah datang kepada kamu didalam ini dari Tuhan kamu. Sesiapa saja yang mendapat bimbingan telah dibimbing untuk kebaikannya sendiri. dan sesiapa yang telah tersesat, telah disesatkan kerana penglibatan dirinya sendiri. Aku bukanlah penjaga keatas kamu."

109. Ikutlah apa yang telah diterangkan kepada kamu, dan bersabarlah sehingga Allah menghantarkan kehakimanNya; Sesungguhnya Dialah Hakim yang terbaik.


*10:99-101 Cubaan memerlukan supaya kita sendiri mengutuk penyekutuan terhadap Allah, dengan tidak ada campur tangan dari ilahi berkenaan keputusan asal kita. Allah membiaran orang orang yang memilih untuk mengingkarkan.


homeBack Home


 

info@submission.org

SUBMISSION.ORG

 

 

 


 

Copyright © 1997-2003 Submission.org