Dipersilakan kepada pengabdian untuk
MENYERAHKAN DIRI DENGAN SEPENUHNYA
KEPADA ALLAH (ISLAM)

Sumber terbaik untuk mencari kebenaran (ISLAM) diInternet



Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Apendik 8

Mitos Bagi Perantaraan

Dengan mempercayai yang sesiapa saja, selain dari Allah, boleh memberikan jaminan bagi pihak kita supaya dapat mengampunkan dosa dosa kita ataupun memenuhi permintaan kita, itu adalah serupa dengan menyekutukan Allah, iaitu menduakan Allah. Quran telah mengumumkan “Segala perantaraan (jaminan) kepunyaan Allah” (39:44), dan sesungguhnya “Tidak akan ada jaminan (Shafa’at) diHari Pengadilan” kelak (2:254).

 

Mitos bagi perantaraan adalah satu dari tipu daya Syaitan yang amat berkesan sekali, berjuta juta manusia telah menjadi mangsa penyekutuan terhadap Allah. Berjuta juta orang orang Kristian percaya yang Isa (Jesus) akan menjamin mereka terhadap Allah, dan juga berjuta juta orang orang Islam percaya yang Muhammad akan memberikan jaminan (Shafa’at) bagi pihak mereka, dengan mendakwa yang beliau akan memintakan Allah supaya mengampunkan mereka dan memasukkan mereka kedalam Syurga. Mereka beranggapan bahwa Muhammad, pada Hari Pengadilan kelak, akan memilih calon calonnya bagi mendapatkan jaminannya. Jika kamu menanyakan mereka yang percaya kepada perantaraan

(shafa’at): “Bagaimanakah Muhammad dapat mengenali orang orang yang berhak mendapatkan jaminannya?” mereka akan memberitahukan kamu, “Allah akan memberitahukan dia!”

 

Mengikut konsep ini, orang itu akan bertemu Muhammad dan memintakan jaminannya. Kemudian Muhammad akan bertanya kepada Allah sama ada orang yang tertentu itu berhak mendapatkan jaminannya atau tidak. Allah akan memberitahukan Muhammad yang orang itu akan dimasukkan keSyurga. Lalu Muhammad pun berpaling dan berkata kepada Allah bahwa orang yang tertentu itu berhak dimasukkan keSyurga! Kekufuran disini amat nyata sekali; bahwasanya orang orang yang sangat percayakan perantaraan (shafa’at) telah menjadikan Allah sebagai setiausaha kepada pujaan mereka Muhammad. Maha Suci bagi Allah. 

 

Quran adalah buku yang amat sempurna, ilmu pengetahuannya, setiap orang didalam Syurga akan menjamin bagi pihak mereka ataupun orang yang dikasihi: “Tolonglah Tuhanku, masukkanlah ibuku kedalam Syurga.” Perantaraan ini akan berhasil jika sememangnya ibu orang itu berhak masuk keSyurga (2:255, 20:109, 21:28). Lantas, perantaraan, walaupun dapat diterima dengan cara begini, adalah sia sia belaka.

 

Kita pelajari dari Quran bahwa Ibrahim, kekasih Allah, tidak dapat menjamin bapanya (9:114). Nuh tidak dapat menjamin anaknya (11:46). Muhammad Tidak dapat menjamin pakciknya (111:1-3) ataupun saudaranya (9:80). Apakah yang dapat membolehkan sesiapa saja berfikir yang nabi ataupun wali akan menjamin bagi pihak orang orang yang tidak mereka dikenali?! Lihat 2:48, 123; 6:51, 70, 94; 7:53; 10:3; 19:87; 26:100; 30:13; 32:4; 36:23; 39:44; 40:18; 43:86; 53:26 & 74:48. Perantaraan bagi Muhammad adalah diayat 25:30.


info@submission.org

SUBMISSION.ORG

 



Copyright © Submission.org