Dipersilakan kepada pengabdian untuk
MENYERAHKAN DIRI DENGAN SEPENUHNYA
KEPADA ALLAH (ISLAM)

Sumber terbaik untuk mencari kebenaran (ISLAM) diInternet



Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Apendik 5

Syurga Dan Neraka
 

Penerangan tentang Syurga dan Neraka diseluruh Quran adalah alegori saja, dan Quran memberitahukan kita dimana penerangan sedemikian berlaku sebagai kenyataan yang bebas, bukanlah berkenaan subjek keseluruhannya. Lihat 2:24-26, 13:35, dan 47:15. Perkataan 'Mathal" (alegori) digunakan diayat ini. Linguistik, perkataan "Mathal" diayat ini boleh dikeluarkan, dan kita masih juga mempunyai ayat sempurna. Tetapi ianya berada disitu oleh kerana penerangan yang diberikan terhadap Syurga dan Neraka itu adalah alegori.

Bagaimana keadaan Syurga dan Neraka yang sebenar tidaklah dapat dibayangkan luasannya dari kefahaman kita. Lantaran itu diperlukan alegori.

Bagaimana seorang dapat menggambarkan sebagai contoh, rasanya chocolate kepada seorang yang tidak pernah merasai chocolate? Alegori mestilah digunakan. Seorang terpaksa merasai chocolate yang sebenar demi untuk mengetahui rasanya. Bagaimanapun cara alegori kita gunakan untuk rasanya chocolate tidak akan dapat kita gambarkan dengan tepat sekali melainkan sama sama memakannya.

Syurga telah pun wujud, sejak Adam dan Hawa ditempatkan semasa keta'atan mereka (2:35). Kami pelajari dari surah 55 bahwasanya ada dua "Syurga syurga Tinggi" - satu untuk manusia yang lagi satu adalah untuk para jin (lihat Apendik 11 untuk penjelasan yang lengkap).

Neraka belum lagi diciptakan. Ianya akan dicipta pada Hari Pengadilan kelak (69:17 & 89:23). Banyak lagi penjelasannya telah diberikan diApendik 11

Syurga Yang Tinggi Bertentangan Dengan Syurga Rendah

Terdapat perbezaan yang nyata diantara Syurga yang Tinggi dan Syurga yang Rendah. Alegorinya, air diSyurga Tinggi mengalir dengan bebas (55:50), sementara air diSyurga yang Rendah memerlukan pum (55:66).

Alegorinya, Syurga yang Tinggi mempunyai bermacam jenis buah buahan (55:52), sementara Syurga yang Rendah mempunyai jenis jenis buah buahan yang terhad (55:68).

Alegorinya, pasangan yang suci bersedia untuk bersama sama dengan pasangan pasangan mereka diSyurga yang Tinggi (55:56), sementara penghuni penghuni diSyurga yang Rendah mesti mendapatkan pasangan pasangan mereka (55:72).

Namun demikian, sedangkan Syurga yang Rendah pun menjadi anugerah yang amat mengghairahkan bagi orang orang yang terselamat dari Neraka yang ditempatkan diSyurga yang Rendah (3:185) - menuju keSyurga Rendah adalah kemenangan yang besar. Orang orang yang mati sebelum 40 tahun, dan tidak dapat menyuburkan roh mereka dengan sempurna, akan ditempatkan diSyurga yang Rendah (46:15, Apendik 11 & 32). Syurga yang Tinggi telah disimpankan untuk orang orang yang percaya, yang menjalani kehidupan yang benar, dan yang telah menyuburkan roh roh mereka dengan sempurna.

Setiap roh akan merasai mati, kemudian kamu akan menerima bahagian kamu diHari Kebangkitan kelak. Sesiapa yang terlepas dari Neraka, dan berjaya keSyurga dengan nyarisnya telah mendapat kemenangan yang besar. Kehidupan didunia ini tidak lain hanyalah illusi semata mata. [3:185]

info@submission.org

SUBMISSION.ORG

 



Copyright © Submission.org