Dipersilakan kepada pengabdian untuk
MENYERAHKAN DIRI DENGAN SEPENUHNYA
KEPADA ALLAH (ISLAM)

Sumber terbaik untuk mencari kebenaran (ISLAM) diInternet



Apendik 37

Keadilan Jenayah 


Jika seorang pencuri mencuri seribu dollars dari kamu, dan mereka memasukkannya kedalam penjara, apa yang kamu dapat? Jika sipencuri mempunyai isteri dan anak anak, apakah kesalahan mereka? Kenapa pula mereka tidak dibenarkan bergaul dengan bapa bapa mereka?

Quran telah menyelesaikan masaalah ini, begitu juga dengan masaalah yang berhubungkait dengan sistem keadilan jenayah yang tersebar luas didalam dunia hari ini.

Persamaan Adalah Undang Undang

[2:178-179]


Mengikut Quran keadilan jenayah, pencuri yang telah bersalah kerana mencuri seribu dollar dari kamu itu, mestilah bekerja untuk kamu sehingga kamu mendapatkan seribu dollar itu kembali, dicampurkan dengan kerosakan yang lain dan ketidak selesaat yang sipencuri telah mengenakan kamu. Dimasa yang sama, isteri dan anak anak sipencuri yang tidak bersalah dapat bergaul dengan suami dan bapa mereka, dan sistem penjara yang mahal perbelanjaannya itu dapat diringankan. Pemenjaraan adalah suatu kezaliman dan hukuman yang tidak berperikemanusiaan yang telah membuktikan tidak berhasil kepada semua yang mengambil berat.

Bertentangan dengan kepercayaan biasa, tangan sipencuri tidak boleh dipotong. Bersyukur kita kepada Allah diatas belas kasihNya dan Quran mukjizat matematika, telah memberitahukan kita sekarang ini bahwa tangan sipencuri mestilah ditandakan. Menandakan tangan pencuri telah dinyatakan diayat 5:38. Surah dan nombor ayat dicampurkan menjadi kepada 5 + 38 = 43. Diayat yang lain didalam Quran dimana "potong tangan" telah didapati diayat 12:31. Disini dimana kita akan mendapatkan bahwa wanita wanita yang keterlaluan keasyikan melihat Yusuf telah "memotong" tangan tangan mereka. Nyata sekali, mereka itu tidak memotong dengan memutuskan tangan tangan mereka. Tidak ada sesiapa pun yang boleh melakukan demikian. Surah dan nombor nombor ayat dicampurkan menjadikan 12 + 31 = 43, sama seperti total diayat 5:38. Ini membuktikan undang undang Quran hanya memerintahkan supaya menandakan tangan sipencuri, bukannya memotongnya. Tambahan pula matematika membuktikan dengan memberi: 19 ayat ayat selepas 12:31, kita berjumpa dengan "potong" tangan lagi. Hukuman dalam Islam (Penyerahan diri dengan sepenuhnya kepada Allah Sahaja) berdasarkan persamaan dengan tekanan sesial (2:178, 5:38, 24:2).

Kekufuran seperti "Hadis & Sunnah" meinsitutkan lempar batu sampai mati sebagai hukuman bagi penzina penzina. Ini bukanlah undang undang Allah. Sebagaimana yang telah dinyatakan diayat 24:2, dan hukuman bagi zina adalah disebat didepan khalayak ramai; seratus simbolik sebatan.. Sebagaimana yang telah ditunjukkan diatas, asas bagi hukuman ini adalah untuk memberikan tekanan sosial dan memeranjatkan penjenayah penjenayah. Dengan menyebat didepan khalayak ramai sajalah akan dapat memenuhi tujuan ini.

Untuk berurusan dengan pembunuh pula, Quran tentu sekali tidak menggalakkan hukuman mati (2:179). "merdeka untuk merdeka, hamba sahya untuk hamba sahya, dan wanita untuk wanita" (2:178). Oleh kerana tergamak dan tidak adilnya manusia, banyak manusia tidak mungkin dapat membayangkan apakah yang diperkatakan oleh undang undang Quran. Mereka enggan menerima injunksi nyata bagi persamaan yang kuat sepatutnya mesti diperhatikan - jika seorang wanita membunuh seorang lelaki, ataupun seorang lelaki membunuh seorang wanita, ataupun seorang hamba membunuh seorang yang merdeka, ataupun seorang yang merdeka membunuh seorang hamba, hukuman bunuh tidak boleh dijatuhkan. Quran menggalakkan sipembunuh membayar ganti rugi kepada keluarga simati. Membunuh sipembunuh tidak akan memberikan simati hidup semula, tidak juga keluarga mangsa mendapatkan keuntungan dari hukuman itu. Membayar ganti rugi sebaliknya, mestilah cukup untuk mencegah yang lain dari melakukannya. Islam (Penyerahan diri dengan sepenuhnya kepada Allah Sahaja), mangsa dan/ ataupun keluarga simangsa mestilah menghakimkan semua jenayah; merekalah yang mesti memberikan hukuman apa yang mesti diberikan dibawah kepimpingan seorang yang ahli dalam Quran.



info@submission.org

SUBMISSION.ORG
 



Copyright © Submission.org