Sumber terbaik untuk mencari kebenaran (ISLAM) diInternet
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha
Penyayang
Apendik 36
Apakah Nilai Sebuah Negara
Jika hanya orang orang dari beberapa komuniti percaya dan mengamalkan kehidupan yang benar, kami akan mencucuri mereka dengan rahmat darilangit dan bumi. [7:96] Allah sahajalah yang menguasai kebahagiaan kamu ataupun kesusahan ..Allah sahajalah yang menjadikan kamu kaya ataupun miskin [53:43,48] |
Negara yang mendukung undang undang Allah telah dijamin menjadi diantara negeri negeri yang terkenal, berjaya, maju dan bahagia (10:62-64, 16:97, 24:55, 41:30-31). Sebaliknya, negara yang melanggar undang undang Allah akan menerima kehidupan yang derita (20:124). Negeri yang mendukung undang undang Allah tentunya dijamin sebagai negara yang dihormati. Ini bukannya satu impian; oleh kerana Allah yang menguasai sepenuhnya (10:61), jaminan-Nya dan perjanjianNya telah selesai. Negara yang mendukung undang undang Allah digambarkan sebagai:
1. Kebebasan maksima untuk manusia - kebebasan beragama, kebebasan untuk menyatakan sesuatu, kebebasan melancung, dan bebas dari ekonomi (2:256, 88:21-22).
2. Hak asasi manusia terjamin untuk semua manusia, biar apa pun bangsa, warna, fahaman, sosial status, situasi perbenlajaan, ataupun ahli gabungan politik (5:8, 49:13).
3. Kamakmuran bagi semua manusia. Sistem ekonomi Allah berdasarkan kepada peredaran harta yang tetap, bukannya riba' dan pelaburan yang produktif. Ekonomi yang bukan berdaya keluaran seperti perjudian, lotery, dan kadar faedah yang tinggi tidak diizinkan (2:275-7,59:7).
4. Keadilan sosial bagi semua. Kerana pemberian derma (Zakat), tidak ada seorang pun akan kelaparan ataupun tidak ada tempat tinggal (2:215, 70:24-25, 107:1-7).
5. Sistem politik yang berdasarkan kepada konsensus yang sepakat. Melalui perundingan kesefahaman dan kebebasan dalam menyuarakan sesuatu, satu pihak mengutarakan isu yang dapat menyakinkan semua peserta peserta didalam sesuatu perbincangan. Keputusan akhir dapat persetujuan semua, bukannya pendapat bagi 51% majoriti menentang 49% minoriti (42:38).
6. Masyarakat yang mendukung dan memelihara moral yang mulia. Keluarga yang bersatu dan kuat, bukannya pemabuk, pengidar dadah, anak anak luar nikah, pengguguran anak, penceraian.
7. Menghormati taraf maksimah dalam menghormati nyawa, dan harta benda orang. dari itu, tidak mungkin adanya jenayah terhadap kemusnahan nyawa dan harta benda manusia.
8. Menyebarkan kasih sayang, ramah tamah, kedamaian dan menghormati satu sama lain diantara manusia, dan diantara negara ini dan komuniti dunia (3:110, 60:8-9).
9. Pemeliharaan alam sekitar dijamin melalui permuliharaann dan melarang sifat pembaziran (30:41).
SUBMISSION.ORG