Dipersilakan kepada pengabdian untuk
MENYERAHKAN DIRI DENGAN SEPENUHNYA
KEPADA ALLAH (ISLAM)

Sumber terbaik untuk mencari kebenaran (ISLAM) diInternet



Apendik 34
 

Keperawanan (Dara)

Orang orang yang percaya mestilah mengingatkan anak anak lelaki dan perempuan mereka bahwa kebahagiaan hidup yang kekal hanyalah dengan mengikuti undang undang Allah sahaja. Ini bermakna anak anak mestilah menyimpan kesucian diri mereka hanya untuk pasangan pasangan mereka saja, dan janganlah membiarkan sesiapa saja menyentuh mereka melalui perhubungan seks (23:5-6, 24:30, 33:35, 70:29-30).

 

Keadaan hari ini penuh dengan godaan yang kuat. Masyarakat Amerika pada delapan puluhan ini, ibu bapa menggalakkan anak anak mereka bergaul bebas diantara lelaki dan perempuan yang mana terdedah kepada perhubungan seks, bahkan ibu bapa ibu bapa mereka memberikan mereka bahan pencegah hamil, untuk kebebasan seks ativiti mereka, walaupun fisiologi mereka belum lagi matang, dengan moral yang tidak lagi terhalang, milions tragidi pengguguran berlaku setiap bulan di USA.

Diantara keputusan moral yang tercicir ini: anak anak yang terbiar tanpa batuan dan bapa bapa jahat dan yang tidak bertanggungjawab, penjenayah penjenayah yang tidak tahu menghormati nyawa nyawa manusia, harta harta benda, dan milions lagi penyakit social yang tidak terkawal, penyakit penyakit kelamin herpes, warts, yang tidak mungkin dapat diobati, siphilis dan gonorrhe, dysplasia, AIDs yang membawa kepada maut, dan bermacam macam penyakit yang tidak pernah diketahui sebelumnya.

Apa yang kebanyakan manusia tidak tahu ialah keciciran moral ini menyebabkan kebinasan jiwa jiwa yang berpanjangan. Tidak ada undang undang yang dapat mengawal dunia melainkan undang undang Allah saja, dan pembuat dosa yang terang terangan ini telah mencabuli undang undang Allah yang melibatkan mereka telah ditimpa oleh penderitaan dan bermacam macam masaalah (20:124).

Orang orang percaya yang sebenarnya adalah mereka yang memelihara anak anak mereka dan sentiasa menasihatkan dan mengingatkan mereka supaya sentiasa memelihara kesucian mereka (20:132). Ini bermakna hidup sebagai dara hingga kealam perkahwinan, dan ta'at kepada pasangan masing masing - janganlah mengadakan perhubungan sulit - zina demi untuk kebahagiaan sendiri. Allah telah mengajarkan kita supaya memelihara kesucian kita, sebelum kahwin dan sesudah kahwin, untuk kebaikan diri kita sendiri. Allah sahajalah yang menguasai kesihatan, harta benda, dan kebahagiaan ataupun penderitaan (53:43,48).


info@submission.org

SUBMISSION.ORG

 



Copyright © Submission.org