Sumber terbaik untuk mencari kebenaran (ISLAM) diInternet
Apendik 32
Apakah yang dimaksudkan umur bertanggungjawab? Jika seorang budak mati
diumur 12 tahun, yang tidak pernah mendengar tentang Allah, adakah budak
ini terus masuk Syurga? Apa jadi jika budak ini berumur 15 tahun ataupun
21 ataupun 25 tahun? Berapakah umur yang layak untuk bertanggungjawab terhadap
kepercayaannya? Soalan ini telah membimbungkan para penyelidik bagi semua
agama masa kemasa.
Riaksi pertama dari maklumat ini adalah dengan mendapat penentangan: "Apa
akan jadi jika orang itu benar benar jahat, zalim dan ateis, bolehkah dia
masuk Syurg jika dia mati sebelum umur 40 tahun?" Ini adalah kerana kamu
itu tergamak untuk menghukum, sementara Allah adalah yang Maha Penyayang.
Kecenderungan kita ialah untuk "memasukkan mereka keNeraka."
Orang orang yang menentang dengan kerasnya berkenaan belas kasih yang
mulia ini tidak dapat membuat alasan tentang perkiraan umur bagi tanggungjawab.
Mereka akan menyoal, "Bagaimana pula jika orang itu benar benar zalim?" Jawabnya
adalah, "Adakah Allah tidak tahu yang orang itu zalim?" "Ya." "Tidakkah Allah
yang mengetahui bahwa orang ini tidak berhak dimasukkan keSyurga?" "Ya."
"Dari itu, orang ini tidak akan mati sebelum 40 tahun." Amat mudah sekali.
Allah sahajalah yang mematikan kita diatas bumi ini. Dia amat ketahui siapa
yang layak mendapat tempat diSyurga ataupun diNeraka.
Pada mula 1989, seorang lelaki yang bernama Theodore Robert Bundy telah
dihukum mati kerana membunuh beberapa orang wanita. Seluruh masyarakat bersetuju
yang dia adalah seorang penjenayah yang amat zalim didalam sejarah. Oleh
kerana terlalu sangat maka hukumannya menjadikan salah satu daripada jenayah
yang jarang sekali berlaku dimana penentang penentang bagi hukuman mati tidak
membantah. Sebaliknya, banyak orang yang meraikan hukuman yang dijatuhkan
kepadanya. Banyak para wartawan, para editor dan para politik merasa kesal
kerana pengadilan terhadapnya mengambil masa selama sebelas tahun untuk menghukum
Ted Bundy. Mereka menyatakan yang Bundy seharusnya dihukum bunuh bagi maksimum
enam tahun selepas didapati bersalah. Mengikut Quran, ini akan menjadikan
pertolongan besar bagi semua orang kepada Bundy. Dia berumur 42 tahun apabila
dia menjalani hukuman mati. Kalaulah dia dibunuh lima tahun dahulunya, dimana
umurnya 37 tahun, dia akan terus keSyurga, tetapi dia tidak berhak
untuk mendapatkan itu.
Sebaliknya, Bundy adalah satu dari tanda tanda Allah yang telah diberikan
kepada kita untuk mengesahkan yang sesiapa saja mati sebelum umur 40 tahun
terus keSyurga. Nama Bundy, Theodore Robert Bundy, mengandungi 19 huruf huruf,
dan dia telah mengaku yang dia membunuh 19 wanita wanita sehari sebelum hukuman
bunuh dijatuhkan kepadanya. Banyak lagi tanda tanda dari Allah.
SUBMISSION.ORG