Sumber terbaik untuk mencari kebenaran (ISLAM) diInternet
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha
Penyayang
Apendik 3
Kami Jadikan
Quran Ini Mudah [54:17]
Ayat 11:1 memberitahukan kita bahwa Mukjizat Quran bersangkutan dengan [1]
Matematika yang luar biasa yang membentukkan fizikal struktur dan [2] Komposisi
yang serentak dengan kerja laku kesusasteraannya yang luar biasa
yang amat cemerlang sekali.
Suatu yang boleh diketemukan tentang pembahagian penggunaan cara mudah bagi matematika yang berangka. Walaubagaimana pun, ini adalah pelaksanaan yang sentiasa mengagungkan kualiti kesusasteraannya. Penjagaan yang serentak bagi cara kesusasteraan dan kerumitan pembahagian matematika bagi huruf huruf individu diseluruh Quran (Apendik 1) terbukti bahwa faktanya adalah Quran telah dijadikan mudah untuk menghafaz, difahamkan, dan menyeronokkan. Tidak seperti buku yang dikarang oleh manusia, Quran sangat menyenangkan apabila dibaca berulang ulang kali, dengan tidak ada batasan.
Tajuk bagi Appendik ini adalah ulangan didalam surah 54, ayat ayat 17, 22, 32, dan 40. Sebaliknya, Quran yang berbahasa Arab ini telah dikompos sedemikian cara demi untuk mengingatkan pembaca ataupun penghafaz berikutan dengan pembetulan cara penyataannya, ataupun mengikuti ayatnya. Allah yang menciptakan kita dan Dia tahu cara yang berkesan untuk meletakkan benda benda sastera didalam ingatan kita. Penghafazan Quran telah memainkan peranan yang besar dalam mengekalkan tek originalnya melalui generasi demi generasi dimana buku buku amat susah sekali dapat diadakan.
Dengan tidak disedarinya, orang yang menghafazkan Quran telah mendapat pertolongan yang mulia melalui sistem serentak bagi kesusasteraan bila saja dia melafazkan perkataan perkataan Quran. Hampir setiap ayat didalam Quran mengandungi apa yang aku sebutkan sebagai "Memory Bells." Fungsinya adalah untuk mengingatkan pembaca apakah seterusnya. Sistem ini sangat luas, maka aku akan hanya memberikan dua contoh untuk menjelaskan:
1. Didalam Surah 2, Ayat ayat 127, 128, dan 129 diakhiri dengan dua nama
yang berlainan bagi tiap tiap satu nama nama Allah, pasangan nama nama ini
adalah 'Al-Samee' Al-Aleem (Yang Maha Mendengar, Yang Maha Mengetahui),"
"Al-Tawwaab Al-Raheem (Yang Maha Pengampun, Yang Maha Penyayang)," dan "Al-'Azeez
Al-Hakeem (Yang Maha Berkuasa Yang Maha Bijaksana)." Jika sekiranya ini adalah
buku biasa, dengan mudah saja akan ditukar gantikan nama nama keenam ini.
Tetapi tidaklah bagi Quran. Setiap satu dari pasangan nama nama ini telah
mendahului ayat yang sama melalui "Memory bells" yang akan mengingatkan kita
akan nama nama pasangan yang betul. Lantas, Ayat 127 mengutarakan tentang
Ibrahim dan Ismail untuk penubuhan Ka'abah. Ayatnya berakhir dengan nama
nama "Al-Samee' Al-Aleem." Bunyi bunyi yang penting disini adalah "S, "M,"
dan "Ayn"." Tiga huruf huruf ini adalah penting didalam perkataan "Ismail."
Kami dapati yang perkataan ini mudah dilihat tanpa ayatnya, demi untuk
memperbaikkan kualiti kesusasteraannya. Lantas, kami dapati yang ayatnya
seperti begini: "Apabila Ibrahim menubuhkan Ka'abah, bersama sama Ismail
"
Biasanya, manusia akan menulis: "Apabila Ibrahim dan Ismail menubuhkan
Ka'abah
" Tetapi dengan melambatkan bunyi "Ismail" membawakan mereka
dekat kepada akhir ayat, dengan demikian
mengingatkan kita nama nama yang betul bagi Allah didalam ayat ini, adalah
"Al-Samee' Al-'Aleem."
Ayat 128 mempunyai perkataan yang penting "Tubb" sebelum nama nama 'Al-Tawwab Al-Raheem." Perkataan "Tubb" telah digunakan sebagai memory bell. Nama nama Allah diakhir ayat 2:129 adalah "Azeez, Hakeem." Bunyian penting "Z dan "K." Nyata sekali memory bell didalam ayat ini adalah perkataan "Yuzakkeehim."
2. Contoh lain yang baik didapati diayat 3:176, 177, & 178, dimana menyatakan
tentang hukuman bagi orang orang yang ingkar telah digambarkan sebagai "
'Azeem (Azab)," "Aleem (Menyakitkan)," dan "Muheen (Menghinakan)," Buku karangan
manusia, penghafaz dengan mudah saja mencampurkan tiga kenyataan ini. Tetapi
kita dapati bahwa disetiap kata sifat ini telah didahului oleh memory bells
yang kuat yang menghalang percampuran yang sedemikian. Perkataan "Azeem"
bagi Ayat 176 telah mendahului perkataan "Huzzun," dimana telah memberi penekanan
kepada huruf "Z".ini telah mengingatkan kita tentang penentuan kata sifat
diakhir ayat ini. Perkataan "Aleem" diayat 177 telah mendahului bunyi perkataan
"Iman" untuk digunakan sebagai memory bell, dan perkataan "Muheen" diayat
3:178 mendahului dengan banyaknya "M" dan "H" diseluruh ayat ini.
Contoh yang lain bagi memory bell termasuk akhir ayat 3:173 dan bermula ayat 3:174, dan akhir ayat 4:52 dan bermula ayat 4:53, berakhir ayat 4:61 dan dimula dengan 4:62, berakhir pada ayat 18:53, bermula diayat 18:54, dan banyak lagi.
SUBMISSION.ORG