Dipersilakan kepada pengabdian untuk
MENYERAHKAN DIRI DENGAN SEPENUHNYA
KEPADA ALLAH (ISLAM)

Sumber terbaik untuk mencari kebenaran (ISLAM) diInternet



Apendik 28

Muhammad Menulis Revelasi Allah Dengan
Tangannya Sendiri


Revelasi pertama adalah "Bacalah," dan dengan penyataan "Allah mengajar dengan menggunakan kalam" (96:1-4), dan revelasi kedua adalah "Kalam." Fungsi utama bagi kalam adalah untuk menulis.

Kejahilan para cendekiawan Islam pada pertama dan kedua centeri selepas Quran, mereka tidak memahami cabaran yang dikenakan untuk mengadakan Quran seperti ini. Mereka tidak mempunyai idea tentang komposis matematika didalam Quran, dan mereka tahu bahwa banyak sasterawan yang terbesar telah membuat kerja kerja yang cemerlang seumpama Quran. Sebenarnya, banyak lagi sasterawan yang terkemuka mendakwa bahwa mereka ini boleh membuat kerja kerja sastera yang sangat baik. Dakwaan yang terkemuka dari Taha Hussein, penulis Mesir yang terkenal.

Para cendekiawan Islam ini kemudian mendakwa bahwa Muhammad adalah seorang yang tidak tahu menulis dan membaca! Dengan dakwaan yang demikian mereka menyangka dapat membuktikan bahwa Quran adalah luar biasa kesusasteraan -nya. Perkataan yang mereka pegang dengan mengatakan yang Nabi adalah seorang "UMMY." Malangnya bagi para ulamak mereka tidak sedar yang perkataan ini bermakna "yang tidak tahu kitab terdahulu" ataupun seorang yang tidak mengikut sebarang kitab kitab (Torah, Injil dan Quran) [lihat 2:78, 3:20 & 75, 62:2]; ianya bukanlah bermakna "buta huruf."

Nabi adalah seorang pedagang yang terkenal. "Para ulamak" yang mengada adakan kebohongan dengan beranggapan Nabi itu buta huruf lupa bahwa pada zaman Nabi tidak ada nombor nombor digunakan; huruf huruf abjad telah digunakan sebagai nombor nombor. Sebagai seorang pedagang yang berurusan dengan nombor nombor setiap hari, Nabi tentunya tahu tentang abjad, dari satu sampai keseribu.

Quran memberitahukan kita bahwa Muhammad yang menulis Quran - Dizaman Muhammad telah dipetik sebagai berkata, "Ini adalah cerita cerita dahulu kala yang telah dia tuliskan. Mereka telah mengajarnya siang dan malam" (25:5). Kamu tentunya tidak dapat "mengajar"kepada seorang yang buta huruf. Musuh musuh Nabi yang menuduhnya buta huruf menyalahgunakan Ayat 29:48, yang mana sebenarnya menyatakan khususnya tentang kitab kitab yang terdahulu.

Pada 27th malam Ramadan 13 B.H (Sebelum Hijrah), Muhammad rohnya, orang yang sebenar, bukan tubuhnya, telah dihantarkan dialam semesta yang tertinggi sekali dan telah diberikan Quran kepadanya (2:97, 17:1, 44:3, 53:1-18, 97:1-5).  Kemudiannya, malaikat Jibrail menolong Muhammad untuk menyampaikan beberapa ayat ayat dalam Quran dari rohnya hingga keperingatan beliau.

Nabi menulis dan menghafal ayat ayat yang telah diturunkan kedalam ingatannya. Setelah Nabi wafat, dia meninggalkan Quran yang telah sempurna ditulis dengan tangannya sendiri mengikut aturan kronologikal bagi revelasi, bersama sama dengan petunjuk yang telah ditentukan seperti dimana sepatutnya tiap tiap ayat diletakkan. Petunjuk yang mulia ini telah direkodkan oleh Nabi dengan mengatur -kan Quran kesemuanya menjadi format terakhir yang telah dirancang untuk kitab Allah yang Terakhir kepada dunia (75:17).

Orang orang Islam yang terdahulu tidak dapat mengaturkan Quran kesemuanya sehingga pada masa Khalifa Rashad " Uthmaan. Sebuah komuniti telah ditugaskan untuk menjalankan tugas ini. Bacalah Apendik 24 untuk penjelasannya.


info@submission.org

SUBMISSION.ORG
 



Copyright © Submission.org