Sumber terbaik untuk mencari kebenaran (ISLAM) diInternet
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha
Penyayang
Apendik 22
Jesus, (Isa)
Quran memberitahukan kita yang Isa adalah seorang manusia yang telah dipilih untuk menjadi rasul Allah yang misi utamanya hanyalah untuk menyampaikan mesej Allah; dia tidak pernah mempunyai sebarang kuasa, dan yang telah mangkat (4:171, 5:75, 117). Orang orang yang menganggap Isa sebagai tuhan, ataupun Anak Lelaki Tuhan, ataupun sebahagian dari triniti adalah dari kalangan orang orang yang "jahil" (5:17, 72, 73). Para cendikiawan Kristian telah membuat keputusan yang sama tentang buku (THE MYTH OF GOD INCARNATE, John Hick ed. The Westminter Press, Philadelphia, 1977 & THE MYTH MAKER, Hyam Maccoby, Harper & Row 1986). Christianity is the product of Nicene (AD 325).
Injil Menerangkan Tentang
Isa
Isa mengumumkan dengan tegasnya: "Siapa saja yang meletakkan keyakinan
kepadaku jangan percaya keterlaluan kepadaku sebagaimana sepatutnya kepadaNya
yang telah menghantarku;
. Kerana aku tidak berkata kata dengan
kehendakku sendiri; tidak, Bapa yang menghantarku telah memerintahkanku apa
yang semestinya aku katakan dan bagaimana untuk berkata kata. Sejak aku ketahui
yang perintahnya bermakna kehidupan yang kekal, apa saja yang aku katakan
hanyalah sebagaimana yang dia telah mengarahkanku." [John 12:44-50]
"Aku tidak boleh melakukan sesuatu untuk diriku. Aku menghakimi sebagaimana aku mendengarkan, dan kehakimanku adalah jujur kerana aku tidak mencari kehendakku sendiri tetapi adalah kehendaknya yang telah menghantarku." [John 5:30].
Isa berkata: "Dokrinku bukanlah kepunyaanku; ianya datang darinya yang menghantarku." [John 7:16].
"Orang orang Israil, dengarilah aku! Isa dari Nazereth adalah seorang lelaki yang Tuhan hantarkan kepada kamu dengan mukjizat, keajaiban, dan tanda tanda sebagai bukti kelayakannya. Tuhan ini bekerja ditengah tengahmu, sebagaimana yang kamu ketahui." [Acts 2:22].
" manusia yang mendengar perkataanku dan mempunyai keyakinan kepadanya dan yang menghantarku, akan mempunyai kehidupan yang kekal." [John 5:24]
"Sesiapa saja yang menyambutku, tidak menyambutku, tetapi dia yang telah menghantarku."[Matthew 10:40, Mark 9:37, Luke 9:48, & John 13:20]
" Aku tidaklah datang dengan sendirinya. Aku telah dihantar oleh yang Satu yang mempunyai hak untuk menghantar, dan dia yang kamu tidak ketahui. Aku tahu dia kerana ianya dari dia aku datang; dia yang menghantarku." [John 7:28-29].
Isa mendongak kelangit dan berkata, " . Kehidupan yang kekal adalah: untuk mengenalmu, Tuhan yang sebenar, dan dia yang kau telah menghantar, Isa Al-Masih (Jesus Christ)." [John 17:1-3].
Semua yang diiringi oleh Roh Allah adalah anak anak Tuhan. [Romans 8:14].
Isa melihat keatas dan berkata, "Bapa, Aku berterima kasih kepadamu kerana mendengarkanku. Aku tahu yang kau sentiasa mendengarkanku tetapi aku mestilah berkata begini dikhalayak ramai, supaya mereka ini dapat mempercayai bahwa kau yang menghantarku." [John 11:41-42].
Apabila saja dia bersedia untuk berangkat seorang lelaki berlari lari kepadanya, berlutut dihadapannya dan bertanya, "Guru yang mulia, apa yang mesti aku lakukan untuk mendapatkan kehidupan yang berkekalan?" Isa menjawab, "Kenapa kau memanggilku mulia? Tidak ada sesiapa yang boleh dimuliakan selain dari Tuhan yang Esa." [Mark 10:17-18].
"Tidak ada sesiapa pun yang memanggilku 'Tuhan' dapat memasuki kerajaan Tuhan, hanyalah orang orang yang diizinkan oleh Bapaku yang diSyurga." [Matthew 7: 21].
" .Pergilah kepada saudara saudaraku dan katakan kepada mereka, 'Aku akan naik bertemu Bapaku dan Bapa kamu, kepada Tuhanku dan Tuhan kamu.'" [John 20:17].
"Allah adalah Tuhanku dan Tuhan kamu; kamu mestilah sembahNya sahaja. Ini adalah jalan yang benar," [Quran 3:51, 19:36, & 43:64].
Triniti, dokrin Bagi Tuhan yang diajarkan oleh Kristian memberikan
keterangan bahwa Tuhan adalah berdasarkan satu dalam tiga dalam diri "seorang"
Bapa, Anak dan Roh Suci.Tidak perkataan Triniti, dan tidak juga ekplisit
dokrin sedemikian, tercatet di New Testament (Injil), dan tidak juga Isa
dan pengikutnya bercadang untuk memputarbelitkan Shema didalam Taurat (Old
Testament): "Dengarkan wahai Israil: Tuhan, Tuhan kita adalah Satu"
(Deut. 6:4. [Encyclopaedia Britannica, 1975]
Kematian Isa
Ini adalah satu dari kontroversi subjek didunia. Mukjizat kod matematika
didalam Quran sekarang ini telah memberi jawaban yang akhir tentang topik
ini:
Roh Isa telah diangkat, contohnya, dia telah dimatikan sebelum ditangkap dan tubuhnya disalib. Lantas, penyeksanya menangkap, menyeksa, dan menyalib tubuhnya yang tidak bernyawa - Isa telah dibawa kealam roh. (3:55, 4:157).
54. Mereka bercadang dan merancangkan sesuatu, begitu juga Allah,
dan Allah adalah perancang yang terbaik.
55. Lantas, Allah berkata, "Wahai! Isa, Aku akan wafatkan dirimu,
mengangkat engkau kepadaKu, juga menyelamatkan engkau dari orang orang yang
ingkar.Aku akan tinggikan (muliakan) sesiapa yang mengikutimu dari orang
orang yang ingkar, hingga sampai pada Hari Kebangkitan. Kemudian kepada Akulah
tempat pertemuan yang terakhir kesemuanya kamu, dan akan Aku Hakimkan diantara
kamu atas apa apa yang kamu pertikaikan [3:54-55]
157. Dan mengakui yang mereka membunuh Al-Masih, Isa anak Maryam, rasul Allah. Sebenarnya mereka tidak membunuhnya, mereka tidak sekali menyalib dia - mereka telah difahamkan untuk memikirkan sedemikian yang mereka telah melakukannya. Semua golongan yang bercanggah berkenaan kejadian ini telah penuh dengan kesangsian berkenaan isu ini. Mereka tidak mempunyai ilmu pengetahuan; hanyalah sangkaan sahaja. Pastinya mereka tidak sekali kali membunuh dia.* [4:157]
Dengan penuh belas kasih, Allah telah memberikan generasi kita contoh dari seorang yang hidup sementara rohnya telah berpisah dari dunia ini, tetapi tubuhnya berterusan hidup selama 19 bulan. Pada November 25, 1984, para doktor di Humana Hospital of Louisville, Kentucky mengeluarkan hati yang berpenyakit dari Mr. William Schroeder dan digantikan dengan plastik dan metal pum (THE NEW YORK TIMES, Isnin, November 26, 1984).
Pada hari kesembilan belas selepas pembedahannya yang bersejarah
itu - Khamis, December 13, 1984 - Mr. Schroeder, rohnya, manusia yang sebenar,
meninggalkan dunia ini. Mr. Schroeder telah meninggal dunia. Tetapi tubuhnya
berfungsi melalui hati tiruan yang telah diimplan ditubuhnya. Dunia telah
diberitahukan yang dia telah diserang strok" (NEW YORK TIMES, December 14,
1984). Sangat bermakna sekali, sehari sebelum kematiannya, Mr. Schroeder
berbual dengan Presiden Ronald Reagan diTV national, meminta supaya Social
Security Administration menghantarkannya cek yang terlewat. Dia benar benar
sedar. Dari
hari yang dia diserang strok," dia tidak dapat mengenal hari dan
waktu, tidak juga keluarganya. Sebenarnya Mr. Schroeder sudah tidak lagi
berada didunia ini.
Injil telah menetapkan dengan terang yang tubuh Isa yang ditangkap telah tidak lagi sedar akan perkara yang berlaku desekelilingnya:
Ketua padri, sementara itu, membawa bermacam tuduhan terhadap Isa.
Pilate menyoalnya sekali lagi: "Tentu sekali kau mempunyai jawaban? Lihat
berapa banyak tuduhan telah mereka menyamakan terhadapmu." Tetapi kehairan
terbesar bagi Pilate,
Isa tidak merespons. [Mark 15:3-5]
Herod terlalu sangat gembira melihat Isa. Dari kenyataan berkenaannya,
dia terlalu
ingin untuk bertemu dengannya, dia berharap melihatnya melakukan beberapa
mukjizat. Dia menyoal Isa dengan berpatutan, tetapi Isa tidak merespon. Ketua
padri
dan para katib telah bersedia untuk menuduhnya dengan bersungguh sungguh.
Herod dan pengawal pengawalnya lalu melayan dia dengan kebencian dan penghinaan.
[Luke 23:8-11].
Seorang Penyelamat berkata kepadaku, "Dia yang kamu lihat diatas
pokok, gembira
dan ketawa, inilah Isa sebenarnya yang hidup. Tetapi didalam tangan tangan
dan kakinya yang mereka pakukan hanyalah dagingnya. [Apocalypse of Peter,
VII, 3, 81] Dari THE NAG HAMMADI LIBRARY (Harper & Row, James M. Robinson,
ed, Page 339).
Faktanya adalah
(1) Roh Mr. Schroeder telah berpisah dari tubuhnya pada 19th hari selepas
pembedahan, dan
(2) tubuhnya hidup selama 19 bulan, adalah peringatan yang menyeramkan bagi
kita bahwa Allah berkehendakan dunia mengetahui akan perbandingan diantara
keadaan Schroider, dan bukti ketentuan perpisahan roh Isa dengan situasi
penangkapannya, disiksa, dan disalib pada tubuh yang tidak lagi mempunyai
roh.
SUBMISSION.ORG