Dipersilakan kepada pengabdian untuk
MENYERAHKAN DIRI DENGAN SEPENUHNYA
KEPADA ALLAH (ISLAM)

Sumber terbaik untuk mencari kebenaran (ISLAM) diInternet



Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Appendix 20

Quran: Tidak Seperti Sebarang
Buku
Yang Lain

Quran adalah Kitab yang Terakhir kepada dunia, dan Dia telah bersumpah untuk memeliharanya dari sebarang penyelewengan (15:9). Lantaran itu, Quran telah dikawal oleh askar askar ghaib yang mengawalnya dan memeliharakannya (13:39, 41:42, 42:24).


Tidak seperti buku yang lain, Quran telah diajari oleh Allah (55:1-2); Dia yang mengajar kita apa yang kita perlukan dan masa yang kita memerlukannya. Inilah sebabnya kita boleh membacanya beratus ratus kali dan tidak akan merasa jemu. Kita boleh membaca buku biasa sekali saja akan merasa puas hati, tetapi Quran seberapa banyak kali kita membacanya, kita akan mendapatkan ilmu pengetahuan yang baru disetiap masa dalam pembacaan kita itu. Sebaliknya tidak demikian bagi orang orang yang tidak jujur - dan bagi sesiapa yang membaca Quran untuk mencari kesalahannya - telah dipalingkan dari Quran (7:146, 17:45, 18:57, 41:44). Sebenarnya, askar askar Allah yang ghaib telah menolong mereka untuk

mendapatkan kesalahan yang mereka inginkan. Sejak Quran telah dijadikan sempurna, "kesalahan" sedemikian hanyalah untuk menonjolkan kebodohan musuh musuh Allah itu sendiri.

Allah telah menggunakan atributNya sendiri untuk menggambarkan Quran; Dia telah menggelarkan Quran sebagai " 'Azeem = Besar" (15:87), "Hakeem = Penuh dengan Kebijaksanaan" (36:2), "Majid = Kegemilangan" (50:1), dan "Karim = Kemulian" (56:77).

Apa lagi dapat kita katakan?


Sejak Quran adalah mesej Allah kepada semua manusia, biarpun apa saja bahasa mereka. Quran dijadikan mudah bagi orang orang yang percaya, walau apapun bahasa mereka (41:44). Ini dapat menjelaskan fenomena yang nyata: Orang orang yang tidak tahu akan bahasa Arab dapat memahami Quran lebih baik lagi dari orang orang ingkar, biarpun mereka itu dapat memahami bahasa Arab, mereka tidak akan dapat memahaminya oleh kerana askar askar ghaib yang berkhidmat kepada Quran. Ianya menjadikan mudah dan menarik untuk orang orang percaya yang jujur, dan betul betul tidak akan dapat memudahkan orang orang yang ingkar (17:45, 18:57, 56:79).


   

info@submission.org

SUBMISSION.ORG



Copyright © Submission.org