Apendik 19
Hadis & Sunnah: Innovasi Syaitan

Hadis & Sunnah:
Innovaisi Syaitan

Hadis yang manakah, selain dari Allah dan revelasi revelasiNya, mereka mendukung?[45:6]

Quran bukanlah Hadis yang direka reka …. Ianya menjelaskan segala galanya.[12:111]

Ada orang yang mendukung Hadis yang sia sia untuk memalingkan lainnya dari jalan Allah.[31:6]

Sunnah yang mesti diikuti hanyalah Sunnah Allah.[17:77, 33:62, 48:23, 6:114]

 

Quran telah memberitahukan kita bahwa ada musuh musuh Nabi, yang digelar sebagai "manusia dan jin iblis iblis," akan mereka rekakan pembohongan dan diatributkan semuanya kepada Nabi (6:112, 25:31). Ini telah berlaku selepas kemangkatan Nabi Muhammad; Hadis (menceritakan) dan Sunnah (perbuatan) telah dikarang dan diatributkan kepada Nabi. Hadis dan Sunnah adalah innovasi Syaitan kerana mereka itu:


[1] telah menafikan dengan tegas bahwa Quran adalah lengkap, sempurna, dan terperinci yang menjadi sumber bagi ajaran agama (6:19, 38, 114 & 45:6-7),


[2] kekufuran terhadap Nabi dan menyifatkan yang dia sebagai seorang yang ingkar kerana tidak mendukung Quran, dan

[3] mencipta doktrin palsu dengan menggalakkan kekolotan, kejahilan dan mengamalkan tradisi tradisi yang tidak boleh diterima oleh akal. Padahal Nabi Muhammad telah dilarang dengan tegasnya, dari mengisukan sebarang ajaran agama selain dari Quran (63:38-40).


Ada Muslim yang berkompromi: "Jika Hadis menyamai Quran kita akan menerimanya, dan jika ianya bercanggah dengan Quran kita akan menolaknya!" Kenyataan yang sedemikian itu menunjukkan yang orang orang ini tidak percayakan ketegasan Allah bahwa Quran adalah lengkap, sempurna dan terperinci." Bila saja mereka mencari bimbingan selain Quran, tidak kira berapa pun "kebenarannya" nampaknya mereka telah jatuh keperangkap syaitan (63:1). Kerana mereka telah mengingkari perkataan Allah dan telah mengadakan tuhan yang lain disamping Allah (18:57). Lihat Appendik 33.

 Mukjizat matematika Quran memberikan bukti hanyalah Quran sebagai sumber ajaran agama. Ini adalah 2 contoh contoh:
1. = Kami tidak tinggalkan suatu apa pun dari buku ini," diayat 38 (19x2) yang mengandungi 19 huruf huruf Arab (6:38).


2. = Dia yang menurunkan buku ini dengan terperinci," diayat Ayat 114 (19x6) mengandungi 19 huruf huruf Arab (6:114).





info@submission.org

SUBMISSION.ORG

 



Copyright © Submission.org