Dipersilakan kepada pengabdian untuk
MENYERAHKAN DIRI DENGAN SEPENUHNYA
KEPADA ALLAH (ISLAM)

Sumber terbaik untuk mencari kebenaran (ISLAM) diInternet



Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Apendik 12

Tugas Bagi Nabi Muhammad


Misi utama Nabi adalah untuk menyampaikan Quran, seluruh Quran, tidak yang lain melainkan Quran Sahaja (3:20; 5:48-50,92, 99; 6:19; 13:40; 16:35, 82; 24:54; 29:18; 42:48; 64:12).

 

Menyampaikan Quran adalah penting dan misi yang amat mulia, lantaran itu Nabi tidak mempunyai sebarang masa untuk melakukan sesuatu yang lainnya. Tambahan pula, Nabi telah diperintahkan dengan perkataan perkataan yang tegas dari mengisukan sebarang ajaran agama yang luar dari Quran (69:38-47). Bahkan beliau juga telah diperintahkan supaya jangan menerangkan Quran (75:15-19) – Allah sahajalah yang mengajarkan Quran (55:1-2) dan Quran adalah Hadis yang terbaik (39:23 7 45:6).

Nabi berkata, “Jangan menulis sebarang dariku melainkan Quran.”
                                                [Ahmed, Vol. 1 Page 171, dan Sahih Muslim]

Faktanya Quran ini telah menyatakan tentang kebenaran sejarah dengan perkataan dan perbuatan. (Hadis & Sunnah) yang diatributkan kepada Nabi tidak berlaku sehingga wafatnya beliau selepas dua centeri yang lalu. Quran telah meramalkan kepalsuan Hadis dan Sunnah yang datangnya dari musuh musuh Nabi (6:112-115). Quran telah mengajarkan kita bahwa adalah dari keizinan Allah jua pengarangan Hadis dan Sunnah diizinkan sebagai kriteria untuk menonjolkan orang orang yang hanya percaya dengan bibir bibir mereka saja, bukan dengan hati hati mereka. Orang orang yang tertarik kepada Hadis dan Sunnah telah terbukti sebagai orang orang percaya yang palsu (6:113). Ironiknya, buku buku Hadis telah memberitahukan bahwa Nabi telah memerintahkan supaya jangan menulis sebarang dari perkataan perkataannya selain Quran! Ditunjukkan dibawah ini adalah dua buah Hadis yang diambil dari Hadithists’ sumber yang boleh dipercayai, Sahih Muslim dan Is-haah Ahmad Ibn Hanbal:

Hadis ini menerangkan yang Nabi tetap dengan pendiriannya menentang Hadis sehingga kemangkatan beliau.[Ahmed, Vol. 1, Page 192]


info@submission.org

SUBMISSION.ORG

 



Copyright © Submission.org